~Perbincangan Ilmiah~ Ini status lama saya yang saya terjumpa - TopicsExpress



          

~Perbincangan Ilmiah~ Ini status lama saya yang saya terjumpa balik. Waktu saya tulis status ni dulu, puak-puak Wahhabi tengah kecoh sana sini mahukan perbincangan ilmiah. Puak Wahhabi sangat terkenal sebagai King of the Block atau King of the deleting comment sebab mana-mana Wahhabi yang kita hujah/debat khususnya di Fb ni, bila mereka tak mampu jawab, mereka akan lakukan salah satu dari dua perkara atau kedua-duanya sekali iaitu mereka block kita atau pun delete komen kita (takut dibaca orang lain)... Belum pernah lagi jumpa Wahhabi yang tak block atau delete komen orang yang berjaya patahkan hujah mereka. Kalau ada wujud Wahhabi yang macam itu, bermakna dia tu ahli bidaah dalam ajaran Wahhabi sendiri. Kebanyakan Wahhabi yang block dan delete komen tu beralasan hujah kita tak ilmiah atau merepek. Hakikatnya mereka tiada jawapan. Bila komen ilmiah kita di delete dan dicanang pula oleh admin yang komen kita tu merepek, maka kita akan kelihatan seperti bodoh di kalangan pembaca yang membacanya kemudian. Itu tujuan mereka dan itu taktik kotor mereka. Wahhabi dan taktik kotor berpisah tiada. Saya pernah berhujah dengan sorang Wahhabi, kemudian di block dan komen saya di delete kerana Wahhabi tersebut tiada jawapan. Tak lama kemudian,ada sorang lagi Wahhabi inbox dan kononnya mahu sambung debat tersebut. Tapi tak mahu secara terbuka (kerana takut dimalukan barangkali). Tapi selepas berhujah sedikit, orang tu block saya jugak. Jadi saya copy paste mesej saya dengan dia dan edit tulisannya supaya ditulis semula dalam tulisan bahasa Malaysia standard. IB: So kamu ni pun Wahabi jugak? Suka membidaahkan orang lain? W: Kami bukan Wahabi, kami Salafi.... IB: apa pulak Salafi ni? W: pengikut golongan Salafus Soleh... IB: Siapa pulak Salafus Soleh dan macam mana nak jadi sebahagian dari mereka? W: Salafus soleh merujuk kepada muslim yang hidup sejak zaman nabi hingga 300 hijrah, iaitu golongan para sahabat, tabiin,dan tabi tabiin...ada juga ulama yang bagitau sehingga 500 hijrah... IB: Jadi macam mana kamu ikut ajaran Salafus Soleh sedangkan paling lama pun golongan Salaf ni hidup sampai 500 hijrah.. Sekarang ni dah 1400-an... dekat seribu tahun beza jauh tu? Macam mana kamu belajar dari diorang sehingga kamu gelar diri sebagai Salafi? Belajar melalui alam barzakh ke? W: Kami rujuk kitab-kitab mereka... IB: Oh..... macam tu rupanya.... tapi kalau ikutkan apa kamu cakap,kaum Salaf ni yang hidup sampai 300 atau 500 hijrah kan? Jadi itu zaman imam-imam mazhab... imam Syafie, imam Hanafi, imam Malik, imam Hanbal, imam Maturidi, imam al- Asyari kan...? Tapi kenapa kamu menolak untuk bermazhab dengan mazhab mereka sedangkan mereka itu golongan Salaf, kamu pulak mengaku pengikut Salaf tapi kamu tidak mahu mengikut mereka, dalam masa yang sama, pengikut-pengikut golongan Salaf seperti pengikut mazhab syafie, hanafi, maliki dan hanbali kamu tuduh, sesat, ahli bidaah, syirik dan lain-lain? Kan ke celaru tu? Mengaku pengikut Salaf,tapi tak mahu ikut ajaran mereka? Dan mencela pula pengikut mereka? Kalau monyet baca mesti diorang pun tak faham betapa celarunya kepeningan ajaran kamu ni? W : Memang kami tak ikut mazhab-mazhab imam sebab mazhab tak wujud zaman nabi. Mazhab itu sendiri bidaah dan mengikut mazhab tu pun bidaah. IB: Jadi kamu ikut siapa? w: Quran dan Hadis! IB: Melalui tafsiran siapa? w: Salafus Soleh! IB: Dari mana kamu pelajari tafsiran Salafus Soleh tu? w: Dari ulama-ulama bermanhaj Salaf. IB: Siapa? w: Kami cuma ikut ulama bermanhaj Salaf sahaja seperti Syeikh Nasiruddin Albani, Syeikh bin baz, Syeikh ustaimin, Syeikh Muhammmad Abd Wahab dan lain-lain... IB: Pulak dah....mereka ni siapa pulak? W: Mereka ulama bermanhaj Salaf.... IB: Aik? Mereka ni semua hidup dari zaman Nabi sampai 300 hijrah ke? Tak pernah dengar pun nama-nama mereka dalam kitab-kitab silam? Dalam kitab tobaqot mana nama-nama mereka tertulis? W: Tidak.. Mereka semua hidup di era akhir zaman, Syeikh Albani, Bin baz dan lain-lain tu baru je meninggal... Sebab tu nama mereka tiada dalam kitab silam. Walaupun mereka hidup kemudian, tapi pemikiran mereka sama seperti Salafus Soleh. IB: Jadi mereka bukan Salafus Soleh? W: Mereka bukan Salafus Soleh tapi mereka bermanhaj Salaf... IB: Kamu menafikan bahawa pengikut imam-imam mazhab yang jelas faktanya hidup di zaman Salafus Soleh sebagai mazhab yang tidak benar atau bidaah dalam masa yang sama kamu mengikut insan-insan so called ulama yang hidup di zaman Dajjal ni dan mengaku sebagai golongan Salafi? Kamu sedar ke tak apa kamu buat ni? W: Ya saya sedar,saya yakin mazhab ulama bermanhaj salaf seperti Albani dan lain-lain tu lebih baik dari mazhab-mazhab ulama Salafus Soleh... Sebab ulama bermanhaj Salaf hanya mengikut Quran dan Hadis. Mazhab ulama Salafus Soleh seperti mazhab Syafie pula banyak tak ikut Quran dan Hadis. Mereka banyak bercanggahan dan banyak mengeluarkan pendapat sendiri. IB: Saya dah mula pening.... apa beza manhaj Salaf dengan golongan Salafus Soleh...? W: Manhaj Salaf ialah walaupun mereka tidak hidup di zaman Salafus Soleh, tapi mereka mengikuti ajaran Nabi dan Sahabat secara asli tanpa ditokok tambah manakala golongan Salaf pula ialah muslim yang hidup dari zaman nabi sampai 300 hijrah.... Jangan pening saudara... IB: Masalahnya tadi kamu cakap Salafi maksudnya pengikut Salafus Soleh, Kemudian kamu tak mahu ikut imam-imam mazhab yang secara jelas merupakan Salafus Soleh dan hidup di zaman Salafus Soleh, Kemudian kamu kata kamu hanya ikut ulama akhir zaman yang secara jelas hidup hampir seribu tahun jauh dari zaman Salafus Soleh Dan anggap mereka dan kamu berada di jalan yang benar? W: Benar, tapi Salafus Soleh yang kami ikut bukannya Tabiin dan Tabi Tabiin seperti Imam Syafie dan lain-lain.... Kami hormat Imam Syafie sebagai Salafus Soleh, tapi kami tak mahu ikut dia. Kami cuma mahu ikut para Sahabat Nabi terus.... dan ulama akhir zaman yang saya sebut namanya tadi pula mengikut terus kepada Sahabat Nabi tanpa melalui imam-imam atau mazhab, maka saya ikut mereka....jelas kan? IB: Jadi kamu kena tukar definisi Salafus Soleh tu iaitu ia bermakna para sahabat Nabi.... Tabiin dan Tabi Tabiin tak termasuk sebagai Salafus Soleh... W: Itu mustahil, sebab sudah mahsyur takrif Salafus Soleh seperti itu, maka kita biarkan sahaja... Lagipun kita juga kadang-kadang merujuk kepada mereka (Tabiin/ Tabi Tabiin) untuk masalah yang kita tak jumpa penyelesaiannya dari para Sahabat. IB: Pulak dah... hmm... saya musykil bagaimana ulama ikutan kamu mampu mengikuti para sahabat sedangkan para sahabat nabi tak pernah menyusun mazhab secara lengkap untuk diikuti, mazhab yang lengkap hanya bermula pada zaman tabiin. Para Tabiin yang merupakan murid-murid Sahabat Nabilah yang kumpul ajaran Sahabat Nabi tu dan satukan ia di dalam bentuk mazhab. W: Itu saya tidak tahu.... Para ulama kami lebih tahu tentang hal itu. Mereka ada sumber rujukan mereka dan saya ikuti mereka serta yakin dengan kajian mereka. IB: Jadi kamu pun ikut mazhab kan? Iaitu mazhab baru ciptaan ulama kamu tu kan? Bukankah ikut mazhab tu bidaah? Bahkan mazhab baru kamu ni lebih bidaah daripada mazhab yang sedia ada sebab mazhab kamu hanya muncul seribu tahun selepas zaman Salaf. W: Saya dah terangkan, kami cuma ikut Quran dan Hadis sahaja. Ulama-ulama kami tak buat mazhab, tapi mereka cuma tunjukkan pada kami dalil-dalil dari Quran dan Hadis untuk kami ikut. Mudahkan urusan kami. IB: Bagi kamu, para Tabiin dan Tabi Tabiin seperti imam mazhab itu tidak mengikuti ajaran Nabi dan Sahabat? Tidak ikut Quran dan Hadis? W: Saya tak kata pun macam tu.. IB: Jadi kenapa kamu menolak mereka dan mengikuti ulama akhir zaman yang tidak ada kaitan dengan Salafus Soleh? Bukankah sepatutnya gelaran Salafi itu patut diberikan kepada pengikut mazhab yang empat kerana imam-imam mazhab itu hidup di zaman Salafus Soleh? W: ..... IB: Jika kamu mendakwa para imam mazhab yang hidup di zaman Salafus Soleh tu mengikut Quran dan Hadis, bukankah secara logik kita perlu mengikut mereka sebab mereka semua murid para Sahabat Nabi. Mereka tentu lebih faham apa itu so-called ajaran Sahabat Nabi yang kamu kata kamu pengikutnya? W: ...... IB: Tapi kamu ikut orang akhir zaman yang hidup 1000 tahun selepas zaman Sahabat Nabi yang mendakwa lebih faham tentang ajaran Sahabat daripada para muridnya (Tabiin)? W: .... IB: Kalau seseorang ingin tahu tentang bapak kamu, apakah mereka patut tanya kamu atau mereka patut tanya cucu kamu generasi yang ke seribu? W: Tentulah tanya saya. IB: Tapi kalau cucu generasi ke seribu kamu kata jangan percaya apa yang kamu cakap tentang bapak kamu tapi kena percaya kepada apa yang mereka katakan tentang bapak kamu, apa pendapat kamu? W: .... IB: Tiada jawapan? W: Cukup lah saudara, biarkan kami dengan manhaj kami,kalau nak ikut, silakan, kalau tak nak, duk diam-diam.... Jangan putar belit... Kami tak kacau orang..kita perlu berlapang dada dengan perbezaan pendapat. IB: sebenarnya siapa yang putar belit dan tersepit di dalam putaran belitnya? Dan siapa kata kamu tak kacau orang? Kamu menuduh kami yang mengikuti imam syafie yang merupakan golongan Salaf sebagai sesat, bidaah, syirik dan lain-lain, itu bukan kacau ke? Kamu mintak kami iktiraf mazhab baru kamu ni (yang juga merupakan bidaah) dan mintak berlapang dada sedangkan kamu tuduh kami sesat? Macam mana tu? Terlampau banyak persoalan tidak dapat dijawab dan kamu cuma meroyan tuduh kami tidak ilmiah, sedangkan kamu block kami dan delete hujah kami bila kami mahu berbincang? Nampak sangat kamu tak mampu jawab, tapi tak nak kalah, dan tak nak malu sebab salah pilih jalan? *Wasabi has blocked Ibnu Batoota* Note: Nak ilmiah macam mana lagi? Bila ilmiah, diblock dan hujah didelete... Bila kita hentam tak ilmiah, menangis-menangis dengan pengikut di Fb mengadu dihentam... Kononnya Nabi pun dicerca dihina, maka pejuang Wahhabi juga kononnya mendapat benda sama. Itulah namanya pandai tak boleh diikut,bodo tak boleh diajar, memang sesuai... Saya dulu bekas pengikut Wasabi/Salafi yang sangat tegar,lebih tegar dari mangkuk-mangkuk wasabi yang baru nak naik ni... Lepas Allah bagi hidayah, saya tinggalkan fahaman buruk ini... Alhamdulillah... Kalau tak, tak tahulah apa nasib saya kat akhirat nanti... Bila Allah tanya macam-macam pasal ibadat saya, akidah saya dan lain-lain tentu saya tak boleh jawab. Saya nak bagi dalil satu persatu semua perbuatan solat saya dari niat sampai salam pun terkial-kial kena bukak kitab. Kat mahsyar nanti ada masa ke nak bukak kitab? Kalau ikut mazhab Syafie misalnya, apa-apa hal kita boleh tarik tangan Imam Syafie, beliau yang akan jawabkan semua sebab kita ikut dia. Kalau Imam Syafie salah dan dihumban ke neraka, berjuta pengikutnya pun akan ke neraka jugak. Tapi siapa berani kata Imam Syafie masuk neraka? Tapi kalau kita pandai-pandai buat hukum sendiri macam wahhabi.. Bila Allah tanya nanti, mesti terkial-kial nak jawab. Kalau nak suruh Imam Syafie jawabkan, tentu dia tak nak sebab kita bukan pengikutnya. Suruh Imam Hanafi jawab, tentu dia tak nak sebab kita bukan pengikutnya. Suruh ulama-ulama Wahhabi jawab, konfem sejuta peratus tak boleh jawab. Berhujah dengan manusia jahil macam saya ni pun dah kalah teruk sampai block sana sini. Kalau berhujah dengan Allah, lagi konfemlah kalah teruk. Jadi Alhamdulillah Allah beri saya hidayat dan kembali letakkan saya bersama kaum muslimin yang majoriti.
Posted on: Sat, 08 Feb 2014 05:53:18 +0000

Trending Topics



We wish to thank you so much for you attendance & generous
Millonarios que nunca terminaron la universidad (lean hasta el
And I feel with my whole heart, and without a shadow of a doubt,

Recently Viewed Topics




© 2015