Perhatian : Orang Sabah perlulah berhati2 semasa memandu ketika - TopicsExpress



          

Perhatian : Orang Sabah perlulah berhati2 semasa memandu ketika hujung tahun mahupun akhir tahun ini.. Masa inilah berlakunya kejadian yg tidak diingini berlaku. Info : Borneo Post *Lokasi : Penampang PENAMPANG: Seorang wanita terbunuh setelah Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Saga lain dalam nahas jalan raya berhampiran Kampung Kionggu, Jalan Papar Lama pada awal pagi kelmarin. Mangsa dikenali sebagai Barbara A Anjemeh, 20an, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi penumpang wanita di kenderaan itu hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden berlaku sekitar jam 1 pagi itu. Sementara pemandu Proton Saga terbabit, lelaki berusia 22 tahun, turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki. Dalam insiden berkenaan, Proton Saga yang dipandu lelaki berkenaan dikatakan sedang menuju ke Jalan Papar Lama dari arah Pekan Donggongon. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi terbabit, mangsa yang memandu Perodua Kancil tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke jalan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan Proton Saga dipandu lelaki itu. Impak daripada pertembungan itu mengakibatkan Perodua Kancil yang dipandu terbabas sebelum terbalik di atas jalan raya sehingga mengakibatkan mangsa tersepit di dalam kenderaan berkenaan. Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang bergegas ke lokasi berkenaan untuk operasi menyelamat. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi kelmarin mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat. “Manakala empat lagi mangsa yang cedera ringan setelah terlibat dengan kemalangan itu turut dihantar ke hospital bagi menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil. “Kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. P/s: sebelum keluar atau pi mana mana, admin nasihat supaya kita berdoa sentiasa di mana kita berada...
Posted on: Wed, 20 Nov 2013 09:56:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015