Peristwa Berdarah Haras Gumhuri Sent: Wed, Jul 10, 2013 1:36:25 - TopicsExpress



          

Peristwa Berdarah Haras Gumhuri Sent: Wed, Jul 10, 2013 1:36:25 AM Kenyataan Ikhwan Muslimun Berkenaan Tragedi Pembunuhan Beramai-ramai yang dilakukan Tentera dan Polis Mesir di hadapan Bangunan Republican Guard (Haras Jumhuri) Semasa waktu fajar hari Isnin dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan, sedang para peserta himpunan aman menunaikan solat subuh, tiba-tiba bertalu-talu datang tembakan peluru khianat berserta bom pemedih mata yang dihalakan kepada mereka oleh pihak tentera dan polis. Mereka tidak mempedulikan kesucian solat dan nyawa setiap muslim. Mereka juga telah menceroboh hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Kezaliman ini melebihi kejahatan pihak zionisme yang tidak melakukannya terhadap umat Palestin. Kejadian ini menyebabkan gugurnya hampir 35 orang syahid yang besar kemungkinan akan bertambah bilangannya, disamping ratusan yang cedera. Apabila sebahagian besar dari wanita dan pemuda pergi berlindung di Masjid al-Mustafa yang berdekatan, pasukan ini terus mengepung masjid dan menangkap siapa sahaja yang keluar darinya. Jenayah kejam ini dilakukan oleh pimpinan tentera yang menderhaka kepada perundangan, mengkhianati janji dan sumpah yang telah dilafazkan, lalu mengambil alih pemerintahan dengan kudeta tentera dengan mempergunakan beberapa kerat orang awam. Menguatkan lagi kebuasan dan kekejamannya, dia secara konsisten meneruskan usahanya mencabuli kuasa walaupun dengan membunuh rakyat awam yang tidak bersenjataa. Dia tidak lagi menghiraukan kesucian nyawa atau darah seseorang manusia. Dia seolah-olah mencontohi si penyembelih Basyar Asad. Bahkan dia ingin untuk membawa Mesir dan rakyatnya kepada kesudahan yang sama dengan Syria demi untuk menguasai pemerintahan dari sebalik tabir. Darah-darah yang tumpah ini dengan izin Allah akan menjadi laknat ke atasnya dan juga pembantu-pembantunya. Ia akan menjadi paku terakhir mendalangi ketamakannya kepada kuasa. Rakyat Mesir tidak akan tunduk dan lemah kepada diktator tentera sebegini sekali lagi. Jenayah yang dilakukan ini hanyalah akan membangkitkan keazaman rakyat untuk mengembalikan haknya dari tangan para penceroboh dan pencabul ini. Kita berkata kepada politikus dan orang awam yang meletakkan tangannya untuk bersama dengan pimpinan revolusi yang keham ini: Adakah kamu masih meletakkan tangan kamu atas tangannya yang sudah berlumuran darah selepas dia membunuh saudara-saudara kamu yang tidak bersenjata? Walaupun kamu tidak menyetujuinya dalam arena politik? Allah SWT telah mengharamkan kezaliman dan menumpahkan darah, bahkan Allah menjadikan perbuatan membunuh satu jiwa lebih besar disisiNya dari musnahnya seluruh dunia ini. Allah tentu akan membalas para penyembelih yang menumpahkan darah secara haram ini. Akhirnta, kami menadah tangan kepada Allah agar menerima para syuahada ini dengan rahmatNya, menyembuhkan orang-orang yang tercedera dan memenangkan rakyat mesir yang berhadapan golongan taghut dan penjenayah ini. Firman Allah (ولا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ) Maksudnya: “Jangan kamu menyangka orang yang dibunuh di jalan Allah itu sebagai mati, bahkan mereka tetap hidup dalam keadaan diberikan rezeki di sisi tuhan mereka” (ولا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ) Maksudnya: Jangan kamu menyangka Allah lalai dari apa yang dilakukan oleh pihak-pihak yang zalim ( مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا) Maksudnya: Sesiapa yang membunuh satu jiwa secara haram atau melakukan kerosakan di atas bumi ini, seolah-olah dia telah membunuh semua manusia yang lain Ikhwan Muslimun Cairo 29 Syaaban 1434 / 8 Julai 2013 Sumber: Ikhwan Online 10Julai / 1 Ramadhan
Posted on: Wed, 10 Jul 2013 22:28:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015