Perjanjian MTJA ni dibentuk pada 1979. Zaman tu masih zaman BN, - TopicsExpress



          

Perjanjian MTJA ni dibentuk pada 1979. Zaman tu masih zaman BN, tapi apahal masa BN perintah Kelantan pun tak dapat? Sebab apa? Ku Li yang sign agreement Petroleum Act 1974, dan Ku Li jugak yang terlibat jugak dengan MTJA, So apasal dia tak fight masa tu? Apasal Husam tak lawan masa 1990, kenapa baru sekarang?? Cuba cerita sikit. Semua ni temberang jelah, bersyukurlah dapat duit wang Ihsan tu, ikutkan memang takde hak pun. Sebenarnya isu ni straight forward, cuma PR belit je. Petroleum Act 1974 libatkan 2 parti iaitu Federal dan State. Tapi kalau bertindih dengan negara lain, parti2 yang terlibat jadi tak samalah dan Perjanjian Petroleum Act 1974 automatik obseletelah. Itu pasal saya kata PR ni pembelit. So perjanjian dia jadi lainlah. Kalau Kelantan serious nak royalti bukan kecoh dengan Petroleum Act 1974, tapi kena pergi settlelah dengan MTJA tu, cakap baik2 Insya Allah dapat, kalau maki hamun, nak tengok muka pun orang tak mau. Royalti dengan kos operasi, mana lagi besar?? Semestinya kos operasi. Minimum kos operasi Petronas ni ada dalam 70% dari kos TOTAL penjualan minyak tu. Kalau Kelantan dapat ceduk 30% dari kos operasi Petronas dari sudut cukai tanah, cukai perniagaan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan dengan Petronas kan lagi besar dari royalti tu yang belum tentu dapat?? Apa susah, bagi je Tok Bali tu kat Petronas, diorang pacak je tiang, masuklah duit tu. Tapi kat siapa kerajaan kelantan bagi??? Depa bagi kat penipu yang kata akan beri derma 4 billion pada kelantan, sekarang apa jadi?? Mana projek2 O&G yang dijanjikan?? Petronas depan mata je, offerla diaorang, tak payahlah nak maki hamun mcm org bodoh, macam tu ke niaga?? So kesimpulannya mudah, apa hak Kelantan? Apa Husam dok kelentong ni?? Sebenarnya Kelantan kena bijak, kalau dah tahu royalti tu takde can nak dapat, kaw timla secara professional dengan Petronas untuk beroperasi di Kelantan. Tak perlu royalti tu, royalti kalau nak banding dengan kos operasi, kos operasi jauh lebih tinggi, kalau Petronas labur kos operasinya di Kelantan lagi baik untuk rakyat Kelantan, direct je dengan peluang pekerjaan dan peniagaan, tak payah nak gaduh2. Kalau pemimpin PAS cakap mcm taik dok maki hamun macamana la nak tarik minat Petronas labur / bisnes di Kelantan.
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 05:11:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015