Persatuan Ulama Sunni Mesir Serukan Jihad Melawan Rejim Assad Dr. - TopicsExpress



          

Persatuan Ulama Sunni Mesir Serukan Jihad Melawan Rejim Assad Dr. Safwat Hijazi, pemimpin Persatuan Ulama Sunni di Mesir mengumumkan bahawa pihaknya akan membentuk brigade tempur dari warga Mesir untuk berperang di Syria melawan Rejim Bashar Assad. Hal ini disampaikan saat pidatonya pada Muktamar "peranan utama Umat terhadap Tragedi Syria", yang diadakan Majlis Penyelarasan Islam, pada hari Khamis, "Persatuan telah menghantar senjata ke Syria untuk menyokong pejuang selama hampir satu tahun ini." Dia menambah bahawa Persatuan Ulama Sunni akan menjadi Persatuan Ulama yang pertama yang menghantar Brigade Jihad ke tanah Syam (Syria), tanpa memberikan butiran lebih lanjut mengenai Brigade ini. Hijazi mengatakan, "kami tak kalah berbanding Rafidhoh (Syiah Imamiyah) dimana ketuanya menuju Syria, hal itu merujuk kepada Hasan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Lubnan, dan mereka masuk ke Syria untuk membunuh kaum Sunni. Hijazi juga menyatakan bahawa Persatuan Ulama Sunni di Mesir telah menyokong revolusi Syria sejak lebih setahun yang lalu dengan menghantar senjata, Ia mengatakan, "saya katakan terus terang tentang hal ini dengan harapan semua negara ikut menyokong Revolusi di Syria dengan Senjata pula."
Posted on: Fri, 14 Jun 2013 03:46:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015