Pmilihan pakaian yg bsesuaian mampu mningkatkn kyakinan seseorg - TopicsExpress



          

Pmilihan pakaian yg bsesuaian mampu mningkatkn kyakinan seseorg ktka bdepan dgn individu lain...Oleh itu,, jom kita semak Tips dlm memilih pakaian yg sesuai ♥ 1. Saiz yang betul Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untuk dibeli atau sebaliknya. 2. Rona warna yang sesuai Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya. 3. Teliti jenis kain Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 07:53:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015