Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan tindakan risikan - TopicsExpress



          

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan tindakan risikan untuk mengekang kes jenayah jalanan terutama membabitkan senjata api yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan . Katanya semua jabatan dan peringkat dalam PDRM perlu mengukuhkan tenaga untuk meningkatkan risikan terutama di kawasan yang disyaki menjalankan kegiatan haram selain tegas dalam sebarang tindakan. Beliau berkata keselamatan negara ketika ini agak mencabar kerana hampir setiap hari terdapat kes pembunuhan menggunakan senjata api dilaporkan dan jika tidak diatasi, boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara. "Orang awam sekarang berasa tak selamat sebab hari-hari dengar berita orang kena tembak… kena bunuh, jadi ini akan jadi satu dilema kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan dekat sini hari ini. Musa berkata jenayah jalanan meningkat kebelakangan ini perlu dibendung segera bagi mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap kemampuan pihak berkuasa menjaga keamanan negara.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 14:45:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015