Polis tingkat rondaan cegah lumba haram sepanjang bulan - TopicsExpress



          

Polis tingkat rondaan cegah lumba haram sepanjang bulan Ramadan PASIR PUTEH 2 Julai - Polis akan meningkatkan rondaan di kawasan tertentu yang dikenal pasti dijadikan litar lumba haram oleh golongan remaja sepanjang bulan Ramadan ini.Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, langkah berkenaan bertujuan mencegah penglibatan remaja dalam perlumbaan haram sebelum berbuka puasa dan ketika solat sunat tarawih berlangsung.Beliau berkata, berdasarkan pengalaman dan hasil pemantauan polis setiap kali bulan Ramadan, antara punca berlakunya kemalangan maut adalah disebabkan kegiatan merempit."Antara laluan utama yang diberi tumpuan adalah Lebuh Raya Pantai Pachakan ke Tok Bali, Jalan Kampung Jerat Semata dan beberapa lokasi di Jalan Selising ke Kota Bharu," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas majlis persaraan Ketua Balai Polis Cherang Ruku, Sarjan Mejar Mat Hassan Ali dan Ketua Balai Polis Bukit Yong, Sarjan Mejar Habidah Mat Saman di Balai Polis Cherang Ruku hari ini.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman bersama lebih 300 penduduk setempat.Mohd. Kamal berkata, polis turut mengesan ada kumpulan remaja menggunakan jalan kampung terutama yang baru diturap untuk dijadikan litar lumba.Beliau berkata, orang ramai termasuk kontraktor yang membina jalan baharu perlu melaporkan kegiatan tersebut kepada polis untuk tindakan segera.Polis turut menyarankan ibu bapa memantau pergerakan anak mereka yang menjadikan alasan pergi ke pasar Ramadan atau menunaikan solat tarawih tetapi pergi berlumba sesama mereka.Mohd. Kamal berkata, pihaknya akan turut bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarelawan (SRS), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) bagi membanteras kegiatan jenayah di daerah ini.Artikel Penuh: ww3.utusan.my/utusan/Timur/20130703/wt_03/Polis-tingkat-rondaan-cegah-lumba-haram-sepanjang-bulan-Ramadan#ixzz2XwbC7Qx6 © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 02:07:59 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015