Produk herba kuat seks dirampas KUA LUMPUR 31 Julai - - TopicsExpress



          

Produk herba kuat seks dirampas KUA LUMPUR 31 Julai - Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. "Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi doktor bagi pengambilannya yang biasanya digunakan oleh pesakit tekanan melampau. "Kesan daripada pengambilan bahan itu boleh menyebabkan penggunanya mati secara mengejut," katanya selepas menyertai operasi itu. Menurut Kamarul Azhar, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu hasil risikan pihaknya serta maklumat orang ramai. Artikel Penuh: utusan.my/utusan/Jenayah/20130801/je_05/Produk-herba-kuat-seks-dirampas#ixzz2aeRw6H6N © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 19:07:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015