RM200 JUTA MAJUKAN TANAH RIZAB MELAYU SME Bank sedia dana untuk - TopicsExpress



          

RM200 JUTA MAJUKAN TANAH RIZAB MELAYU SME Bank sedia dana untuk pemilik tanah, pemaju Bumiputera tahun depan Pemilik tanah serta pemaju Bumiputera yang mahu membangunkan projek pembangunan bandar di Kuala Lumpur boleh mendapatkan pembiayaan menerusi Program Pembangunan Semula Tanah Rizab Melayu yang dikendalikan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) mulai Januari depan. Pengarah Urusan, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata dana pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 adalah antara langkah bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam pembangunan bandar. Katanya, pertanyaan dan permohonan pembiayaan boleh dibuat di 19 Pusat Enterpris SME Bank, iaitu pusat perniagaan gabungan bank dan pusat sehenti yang direka khusus bagi memberi pendedahan kepada peminjam mengenai peranan dan kemudahan serta perkhidmatan disediakan bank itu. Naik taraf nilai hartanah “Pembiayaan disediakan ini bagi menyokong hasrat kerajaan supaya Tanah Rizab Melayu tidak ketinggalan dalam pembangunan Kuala Lumpur, sekali gus menaikkan taraf serta nilai hartanah di kawasan berkenaan. “Dana pembiayaan ini akan disalurkan kepada pemilik tanah rizab Melayu atau pemilik tanah yang menjalin usaha sama dengan pemaju hartanah bagi membangunkan semula tanah rizab Melayu, termasuk bagi rancangan pembinaan unit komersial dan kediaman,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, semalam. Menerusi Bajet 2014, SME Bank diberikan kepercayaan untuk menguruskan dana sebanyak RM200 juta bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rizab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. Perincikan prosedur Dalam pada itu, Mohd Radzif turut menjangkakan dana berkenaan akan digunakan sepenuhnya tahun depan, bagaimanapun bergantung kepada permohonan yang diterima serta kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Pada masa ini, SME Bank masih lagi memperincikan segala prosedur termasuk kriteria peminjam, had pinjaman pembiayaan yang bakal ditawarkan serta kadar faedah dikenakan, dan menjangkakan ia akan dapat dirumuskan tidak lama lagi. “SME Bank akan mula mengagihkan dana Program Pembangunan Semula Tanah Rizab Melayu ini awal Januari 2014. Selain itu, kami menjangkakan Pusat Enterpris SME Bank yang terletak di Lembah Klang iaitu Shah Alam, Kajang dan Kuala Lumpur akan menerima paling banyak pertanyaan dan permohonan bagi pembiayaan ini,” katanya. Pembangunan semula tanah rizab Melayu ini dilihat sebagai peluang besar kepada usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam sektor pembangunan hartanah dan pembinaan tempatan, tambahnya. Peluang untuk PKS “Kami melihat ia sebagai satu peluang yang baik kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera secara khususnya untuk terbabit dalam program pembangunan semula tanah rizab Melayu ini. “Dengan adanya pembangunan di kawasan yang strategik ini, sudah pasti akan meningkatkan lagi peranan syarikat PKS dalam pembangunan ekonomi bandar yang mana akan memberi lebih banyak peluang kepada mereka terutama dalam sektor pembinaan, perkhidmatan profesional, komersial dan peruncitan,” katanya. Mengulas Bajet 2014, Mohd Radzif berkata, ia memberi kesan positif kepada masyarakat usahawan kerana kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi sektor PKS yang menyumbang secara ketara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. “Kerajaan sudah menepati janji dalam menyediakan lebih banyak akses pembiayaan kepada sektor PKS. Penurunan cukai korporat juga dilihat memberi lebih banyak fleksibiliti kepada kedudukan tunai syarikat tempatan. “Perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM264 bilion itu juga satu peluang baik yang boleh diraih oleh usahawan,” katanya. Sumber : Berita Harian Online
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 12:22:09 +0000

Trending Topics



min-height:30px;">
Spring Cleaning!!! I Clean Carpet Special $55 Dry foam 3

Recently Viewed Topics




© 2015