RUJUKAN LITERATUR; Tarikh : November 24, 2011 Kerajaan - TopicsExpress



          

RUJUKAN LITERATUR; Tarikh : November 24, 2011 Kerajaan menyifatkan fahaman Muhammad Abdul Wahab (Wahabi) tidak sesat, namun ianya tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada rundingan beberapa kali dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. “Kumpulan yang berpegang dengan fahaman Muhammad Abdul Wahab ini tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu kontroversi bersangkut dengan masalah furu’iyyah (cabang) yang cuba dibangkitkan mereka. “Isu dibangkitkan itu boleh mengganggu-gugat fahaman umat Islam, bagaimanapun fahaman ini tidak disifatkan sebagai sesat dan isu ini masih lagi terkawal,” katanya. Mohd Nor ingin tahu sejauh manakah fahaman Wahabi meresap dalam kalangan masyarakat dan langkah pencegahan diambil. Jamil berkata, kerajaan memandang serius terhadap kekeliruan dan perselisihan faham yang timbul berhubung isu ini. Keputusan itu berdasarkan hasil beberapa perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga turut dibincangkan dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali ke-14 pada 2000.
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 11:01:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015