Rakyat Kelantan masih menanti perubahan yang bakal dibawa - TopicsExpress



          

Rakyat Kelantan masih menanti perubahan yang bakal dibawa pentadbiran PAS sekarang, tapi semuanya masih misteri. Lebih 100 hari pentadbiran Datuk Ahmad Yaakob, keadaan di Kelantan tidak banyak berubah. Dulu pernah dicanangkan Lebuh Raya Rakyat (LERAK) oleh Datuk Husam Musa, kini lenyap selepas beliau tidak terpilih sebagai ahli EXCO. Pentadbiran Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah meriuhkan isu pembinaan Bandar Sukan Bukit Merbau yang kononnya membabitkan pembinaan stadium sukan bertaraf antarabangsa dan dilengkapi sebuah masjid yang boleh memuatkan ribuan jemaah. Sehingga kini projek berkenaan sepi selepas Mursyidul Am PAS tidak lagi memegang kuasa. Apakah projek berkenaan sudah berkubur dan dulu sekadar gimik murahan untuk pancing undi semata-mata? - Ikuti rencana penuh dalam BH hari ini
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 22:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015