Ramai antara kita mungkin tidak tahu sangat tentang kabel gentian - TopicsExpress



          

Ramai antara kita mungkin tidak tahu sangat tentang kabel gentian optik (fibre optic cables). Yang biasa kita lihat ialah wayar telefon yang dibuat dari tembaga (copper) yang diguna di rumah kita sejak zaman berzaman. Setiap kabel gentian optik mungkin menggandungi satu hingga lebih 200 helai gentian optik yang diperbuat menggunakan kaca atau plastik. Setiap helai hampir sama saiznya dengan sehelai rambut kita dan boleh disambung sehingga beratus-ratus kilometer panjangnya. Setiap helai boleh disalurkan cahaya laser pelbagai warna - mungkin melebihi 100 warna (yang tak boleh dibezakan dengan mata kasar). Setiap warna boleh membawa data 10,000 atau 100,000 Mbps (mega atau sekitar satu juta bit sesaat). Sudah ada percubaan dengan kelajuan 1 juta Mbps bagi setiap warna. Jadi setiap helai gentian optik masa ini boleh membawa data sekurang-kurangnya 10 juta Mbps - cukup untuk 1 juta pelanggan jalur lebar (broadband) menggunakan 10 Mbps setiap pelanggan. Jadi untuk 30 juta rakyat Malaysia, secara kasarnya, kita hanya perlu 30 helai gentian optik sahaja untuk menggunakan Internet pada kelajuan 10 Mbps seorang! Persoalannya, setelah banyak jalan dikorek untuk memasang beribu-ribu helai gentian optik, kenapa kita masih merangkak dengan jalur-lebar 1 atau 5 Mbps sahaja (itu pun secara best effort - maknanya kelajuan yang tak terjamin) sedangkan banyak negara lain sudah menggunakan 100 Mbps? Di mana silap kita?
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 22:07:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015