Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan - TopicsExpress



          

Ramai antara kita yang pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman. Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yang tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga untuk menyampaikan nasihat yang sama balik kepada kita. Jika anda adalah salah seorang di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yang datang daripada anda, hanyalah dari mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dengan jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dapat membezakan realiti dengan bisikan syaitan. Jangan jadi orang yang pandai menasihat tetapi diri sendiri tidak pernah mengikuti nasihat itui... itu adalah mirip ciri-ciri munafik. Ingatlah pada Allah, sentiasa pastikan minda berada di masa kini, sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah untuk dilakukan. Dan Senyum di mana-mana sahaja anda berada. Pandanglah cermin dan senyum pada diri sekali-sekala ketika minda melayang, insyaAllah minda akan kembali ke masa kini. indah bukan? via : Cinta Selepas Nikah
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 10:39:23 +0000

© 2015