Ramai sebenarnya yang minta pendapat saya berhubung plan diet - TopicsExpress



          

Ramai sebenarnya yang minta pendapat saya berhubung plan diet mereka, namun apabila saya lihat, rata-rata ada yang makan 3 kali sehari, 2 kali sehari, dan ada yang hanya makan sekali sehari, diselangi dengan hanya minum milo, susu, horlick, nescafe 3-in-1 untuk menu2 besar terutamanya makan malam! Basically, saya akan beritahu jawapan yang sama acap kali (rewind kaset rakaman untuk ke 1000 kalinya): 1 - Untuk turun berat, kena ada defisit kalori, tetapi jangan pengambilan kalori tu lebih rendah dari nilai BMR. Kalau berhajat turun cepat, kena besarkan jurang antara BMR dan DCR, supaya lebih banyak defisit yang boleh dilakukan ---> exercise. 2 - Kualiti makanan yang diambil - pecahkan kalori harian yang diperuntukan tadi dengan makanan2 yang berkualiti - maksudnya makanan yang tinggi nutrisi, dari karbohidrat, protein, lemak, sumber serat, vitamin dan mineral... lebih banyak jenis makanan yang diambil lebih bagus, jangan limitkan JENIS MAKANAN yang masuk dalam tubuh anda, sebaliknya pelbagaikan, pelbagaikan, dan PELBAGAIKAN! 3 - sebagai contoh, kacang gajus dan almond walaupun berkalori tinggi, tapi sangat digalakkan untuk diambil sebab dalamnya ada mineral dan lemak sihat, tapi bukan bermaksud suruh perabeh satu paket kacang tu. Ambillah dalam beberapa ketul saja, let say segenggam, pun dah bersamaan 200 kalori, banyak tu. Tapi kalau makan setengah genggam, 100 kalori, pun dah cukup sebenarnya untuk keperluan badan. Sekali lagi, PELBAGAIKAN JENIS MAKANAN dan kekerapan makan, tetapi limitkan kuantiti nya ikut nilai kepadatan kalori masing2. MIX & MATCH YOUR FOOD, jangan limitkan jenis makanan yang diambil, kerana badan hanya bekerja secara optimum bila pengambilan nutrisi dalam sehari tu lengkap, lagi berbagai jenis, lagi bagus. Bila badan bekerja secara optimum, proses turun bakar lemak akan jadi lebih efisyen. #dietpelbagaikanmakanan
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 02:16:34 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015