Rangkaian Farmasi ABS ABS adalah kumpulan yang menjalankan - TopicsExpress



          

Rangkaian Farmasi ABS ABS adalah kumpulan yang menjalankan perniagaan secara jemaah dengan mengamalkan konsep-konsep perniagaan mengikut teknik Nabi kita. ABS mengamalkan konsep open-partnership yang memelihara hak-hak asasi peniaga. Operasi perniagaan ABS adalah patuh syariah, anti rasuah, pasaran terbuka serta menerapkan bahasa dan nilai budaya Melayu tinggi (BMT). Pelbagai perniagaan telah dan akan diceburi ABS termasuk trading, tadika, apparel dan tekstil, rangkaian rumah tamu, makanan dan minuman, hartanah, pengangkutan dan pusat servis kenderaan, training dan konsultasi bisnes dan lain-lain. Terbaru ABS akan menubuhkan rangkaian Farmasi ABS dengan berpartner dengan beberapa orang ahli farmasi. Konsep perkongsian terbuka di kalangan usahawan farmasi ini memberi pelbagai manfaat kepada rangkaian farmasi terlibat. Antara manfaat termasuk pembelian stok lebih murah, program pemasaran lebih tersusun, pengurusan dan pentadbiran sistematik. Program rangkaian Farmasi ABS ini juga mengurangkan beban tugas pengusaha farmasi supaya lebih fokus kepada kerja-kerja bisnes dan mengembangkan perniagaan. Pengusaha farmasi turut mempunyai rangkaian perniagaan yang luas keranan rangkaian perniagaan ABS melibatkan pelbagai sektor di seluruh Malaysia.
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 02:46:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015