Ruh adalah suatu entiti yg berada dalam jasad, sedangkan jasad - TopicsExpress



          

Ruh adalah suatu entiti yg berada dalam jasad, sedangkan jasad adalah sarungnya. Segala pergerakan anggota badan kita selama ini adalah hasil daripada interpretasi kehendak gerakan ruh. Maka gerakan ruh akan memberikan tafsiran kepada otak untuk menggerakkan tubuh badan. Gerakan menaip keyboard, makan, berlari dsb, adalah suatu interpretasi kehendak gerakan ruh yang dimulai dengan niat di hati. Hal ini berbeza dengan gerakan jin/ khadam yg membantu gerakan, kerana gerakan yg menggunakan khadam/jin menyebabkan si pelaku tidak sedarkan diri/50% sedar. Gerakan yang dipengaruhi oleh jin/khadam silat biasanya akan dirasai sendiri oleh pesilat yg mana gerakan tadi tidak berdasarkan keselarian antara kehendak dan kelajuan gerakan itu sendiri. Hal ini amat berbeza dengan gerakan ruh, yang merupakan gerakan atas niat di hati dan kehendak pesilat. Jika anda ingin membuktikan bahawa silat yg anda pelajari itu menggunakan khadam atau tidak, anda boleh cuba berdiri di tepi gelanggang kuda kepang. Jika anda disebat ke tanah, dan masuk ke gelanggang kuda kepang, maka ilmu persilatan yg dipelajari itu berasaskan jin/khadam.Wallahualam.
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 05:32:11 +0000

© 2015