Rusdee Sulong Teruja Bekas penyerang kebangsaan, Rusdee Sulong - TopicsExpress



          

Rusdee Sulong Teruja Bekas penyerang kebangsaan, Rusdee Sulong jelas teruja dengan perancangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia itu membimbing skuad Harimau Selatan bergandingan dengan Fandi yang memiliki pengalamRan luas dalam Liga-M. “Apa yang dilakukan Presiden PBNJ (Tunku Ismail) membuktikan betapa baginda mahu mutu bola sepak Johor dan Malaysia dipertingkat. Saya dan penyokong Johor memang sangat menantikan berita ini dan berharap ia menjadi kenyataan. Dia juga menaruh harapan tinggi kelibat tiga anak jati Johor – Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman – yang kini bersama Harimau Muda akan menyertai Johor DT selepas berakhir Sukan SEA di Myanmar Disember depan, mengukuhkan lagi jentera tengah dan benteng pertahanan pasukan. “Saya difahamkan PBNJ juga mahu memikat pemain tengah Lions XII, Hariss Harun atau Baihakki Khaizan dan sudah tentu gandingan Hariss, Irfan dan Aimar akan membentuk jentera tengah yang kuat dan mampu menghasilkan permainan menghiburkan," kata Rusdee. #sinilaken
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 02:40:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015