SALINGAN MALAM :- DONGENG ORANG KITA... Pada - TopicsExpress



          

SALINGAN MALAM :- DONGENG ORANG KITA... Pada zaman dulu, ada sorang puteri raja yg cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yg dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dgn puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahnya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dgn nasihat perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dgn seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yg takkan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa siapa lelaki yg dapat membawa sesuatu yg apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yg akan kawin dgn puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki datang membawa benda masing2 dgn harapan dapat menjadi menantu raja. Pertandingan pun berlangsung.. Muncul lelaki pertama.. Maharaja: Ha, apa benda yg kau bawa tu? Lelaki #1 : Hamba bawa batang logam Titanium. Logam inilah yg paling keras dlm dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri & kapal terbang. Maharaja: Ok, biar puteri Beta pegang benda itu. Lelaki #1 : Silakan tuanku.. Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh..!! Cair nampaknye logam itu. Kecewalah lelaki itu, Maharaja & tuan puteri.. Muncul pula lelaki ke 2.. Maharaja: Ha kamu! Apa yg kamu bawa tu? Lelaki#2: Hamba bawa batu berlian. Benda ini lah yg paling keras dlm dunia. Pada masa akan datang, benda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan. Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya. Lelaki #2: Silakan tuanku.. Maka puteri itu pun pegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh..!! Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja & puteri. Seterusnya, lelaki2 lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yg dipegang oleh puteri tetap cair jua. Akhirnya, muncullah lelaki yg terakhir. Eh..!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa2 pun! Maharaja: Hey Kamu! Apa yg kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je? Lelaki: Patik ada bawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dlm poket seluar hamba ini. Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya. Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah dlm poket hamba ini.. Maharaja: Hmmmm.. Kalau begitu, baiklah.. Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dlm poket seluar lelaki itu. Puteri teragak2 sebab puteri tak tau apa yg ada dlm poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu.. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba2 puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan Maharaja dan tanya puterinya.. Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu? Puteri: Dapat.. Maharaja: Benda tu cair? Puteri: Tak.. Maharaja: Baiklah, dgn ini Beta isfytiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta! Lelaki: Hehehehehehehehe.. Tapi .. Apakah yg puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yg korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yg korang terlintas dlm kepala korang? Hehehehehehehehe.. Benda itu ialah COKLAT "M&M".. CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!! Awak ingat apa?? Otak tu bior betul sikit haaa... HEHEHEHEHEHEHEHE... hahaha
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 15:13:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015