SAPE ADA PENYAKIT KENCING KOTOR?? Menurut Pakar Obstetrik & - TopicsExpress



          

SAPE ADA PENYAKIT KENCING KOTOR?? Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah. Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub. Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari. Pencegahan masalah kencing kotor >>Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing. >>Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula. >>Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibuibu yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna. >>Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra. >>Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan. >>Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra. **penggunaan FEMININE WASH SUSUK DARA adalah yg terbaik! sebab apa? kandungan pH nya sgt sesuai utk keseimbangan pH di dalam vagina. Ia juga mempunyai anteseptik yg berfungsi mencegah bakteria serta mengelakkan kegatalan dan kerengsaan pd vagina
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 06:27:14 +0000

Trending Topics




© 2015