SAYA MAHU KEKAL! Itulah kata Nelson ketika ditemui sebelum - TopicsExpress



          

SAYA MAHU KEKAL! Itulah kata Nelson ketika ditemui sebelum latihan ringan semalam di Stadium Darul Aman. Beliau masih belum mendapat kata putus berkenaan nasib beliau berbeza dengan rakan pemain import dari Croatia, Alen Guc dan Jurulatih dari Croatia, Antonio Sisic yang tidak disambung kontrak mereka. Beliau yang resah menanti maklumbalas dari pihak persatuan memandangkan beliau amat berharap untuk kekal dan baki kontrak beliau yang tinggal hanya 2 bulan sahaja lagi. "Ketika ini saya tidak ada ejen, belum berhasrat untuk berpindah ke mana-mana pasukan lain. Saya telah nyatakan hasrat saya kepada pihak pengurusan untuk terus kekal bersama skuad hijaukuning. Tetapi jika tidak diperlukan saya tidak boleh berbuat apa-apa. Cuma saya mahukan kepastian berkenaan kedudukan saya." Tidak ada apa yang pelik atas luahan beliau kerana mana-mana pemain professional sekalipun sudah pasti akan memastikan masa depan mereka dalam bolasepak akan terus diperlukan. Tarikh 4 Disember ini merupakan tarikh akhir setiap pasukan mendaftarkan pemain masing-masing dalam kancah Liga Malaysia 2014 dan kebanyakan pasukan sudah awal-awal lagi mendapatkan pemain mereka. "Saya akan mendapatkan pengesahan sendiri minggu hadapan. Ketika ini saya tidak tahu hendak merujuk kepada siapa untuk kepastian kontrak saya. Sekarang sudah hampir pertengahan Oktober dan saya perlu cepat merancang masa depan saya di Malaysia." Perasaan beliau bercampur baur kerana bagi beliau Kedah banyak memberi kenangan manis buat beliau. Tidak kurang juga penyokong yang terus memberi semangat untuk beliau terus kekal bersama skuad hijaukuning. Mengakui beliau tidak beraksi dengan lebih efektif musim ini, prestasi terumbang ambing pasukan tetapi sentuhan beliau masih ditagihi dan sesekali berjaya mencuri perhatian dengan menjaringkan gol penting perlawanan. Sama ada beliau kekal atau tidak hanya pihak pengurusan yang dapat tentukan. Beliau bercadang dalam masa terdekat untuk bertemu Penolong Setiausaha Kehormat KFA, Syed Khairul Anuar Syed Abidin bagi mendapat pengesahan kedudukan kontrak beliau dan perancangan pasukan hijaukuning di musim 2014. Buat Nelson,jasa anda akan sentiasa dalam kenangan sejarah hijaukuning. Pulun Kedah Pulun!
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 05:27:49 +0000

Trending Topics



>
Hello... Ta to bien como me le va Entonces baila, mujer
Cyber Monday Black Friday CONDOR Cycle Loader - Motorcycle Wheel

Recently Viewed Topics




© 2015