SEJARAH MUNGKIN BERULANG PADA PEMBENTANGAN BAJET 2014 Mulai 1 - TopicsExpress



          

SEJARAH MUNGKIN BERULANG PADA PEMBENTANGAN BAJET 2014 Mulai 1 November 2008, Kerajaan Malaysia tidak lagi memberi subsidi petrol seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, pada 18 November 2008. Mengikut Shahrir, syarikat minyak mengambil 19.54 sen manakala operator stesen minyak mengambil 12.19 sen dan perbezaan antara harga di pam minyak dan kos serta komisyen syarikat dan operator dipulangkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Bagaimanapun, kerajaan masih membayar rebet tunai kepada pemilik kenderaan seperti yang diumumkan sebelum ini di bawah skim baru subsidi bahan api. Rebet sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak "pick up" dan jip berkapasiti enjin sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Rebet tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan. Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai itu akan diberikan dalam bentuk tunai atau kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 14 Jun 2008. Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc. Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 06:55:49 +0000

Trending Topics




© 2015