SEKIRANYA Sir Isaac Newton masih hidup saya pasti dia berminat - TopicsExpress



          

SEKIRANYA Sir Isaac Newton masih hidup saya pasti dia berminat sangat untuk ke Terengganu sekarang. Bukan untuk melihat penyu bertelur di Rantau Abang, tidak juga untuk mencandat sotong di Pulau Kapas. Malah, dia juga tidak berminat makan keropok lekor di Losong, atau menjamah ikan celup tepung di Batu Rakit. Ahli fizik dan matematik tersohor itu ingin meneruskan kajiannya mengenai ‘Law of Gravity’. Ada tanda-tanda dan bukti yang semakin jelas bahawa teori popularnya mengenai kuasa tarikan bumi atau graviti mungkin menjadi lebih lengkap jika kajian dilakukan di Negeri Penyu dalam waktu terdekat ini. Dibandingkan dengan tempat lain seluruh dunia, negeri ini mungkin mempunyai graviti paling kuat, kalah besi berani. Tentu saintis keturunan Inggeris (1642 – 1727) itu ingin membuat kajian terperinci, khususnya mengenai kaitan antara bumbung masjid dengan kuasa tarikan bumi. Mungkin teorinya kira-kira tiga abad lalu sudah tidak relevan. Meski pun Newton tidak sempat ke Terengganu, adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji mengapa terlalu banyak bumbung runtuh di negeri ini. Tentu orang tidak kisah sekiranya yang runtuh itu reban ayam diperbuat dari buluh. sinarharian.my/kolumnis/abdul-jalil-ali/isaac-newton-patut-ke-terengganu-1.207914
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 17:31:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015