SEREMBAN – Langkah kerajaan dalam mengambil inisiatif - TopicsExpress



          

SEREMBAN – Langkah kerajaan dalam mengambil inisiatif mengurangkan subsidi gula, sekali gus menyebabkan harga naik, tidak membantu mencegah penyakit diabetes di negara ini. Pengarah Hospital Tuanku Jaafar, Datuk Dr Jaafar Che Mat sebaliknya berkata, kesedaran orang ramai sepatutnya dipertingkatkan. Beliau berkata, walaupun niat murni kerajaan untuk membantu mengawal penularan penyakit diabetes ini sangat dipuji, namun semua bergantung kepada individu sendiri, sama ada mereka mahu mengawal pengambilan gula secara berlebihan atau sebaliknya. “Jika gula dijual semahal mana pun, orang ramai tetap akan mencarinya kerana kita tahu itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan, sama ada dalam minuman, mahu pun makanan seharian kita. Misalnya, jika kita makan kek, jika ia tawar sudah tentu kita tidak akan memakannya. Namun, keadaan ini dapat diubah sekiranya individu itu sendiri mempunyai kesedaran dalam menjaga tahap kesihatan mereka,” katanya pada majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Hospital Tuanku Jaafar di Pasaraya AEON Seremban 2, dekat sini, semalam. Sementara itu, Jaafar berkata, Negeri Sembilan menduduki tangga ketiga tertinggi bilangan paling ramai pesakit diabetes di negara ini. Menurutnya, pada 2006 negeri ini menduduki kedudukan pertama, namun kini berada di belakang Perlis yang mencatat paling ramai pesakit diabetes, diikuti Kedah. “Walaupun terdapat penurunan, namun bilangan pesakit masih di tahap serius,” katanya.
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 12:15:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015