SERIOUS BUSINESS READ: Psalm 96:1-13 The LORD reigns; the - TopicsExpress



          

SERIOUS BUSINESS READ: Psalm 96:1-13 The LORD reigns; the world also is firmly established, it shall not be moved; He shall judge the peoples righteously. – Psalm 96:10 THE BIBLE IN ONE YEAR: * Song of Solomon 1-3 * Galatians 2 Recently I was called for jury duty. It meant extraordinary inconvenience and lots of lost time, but it was also serious business. During the first day’s orientation, the judge lectured us on the responsibility at hand and the important nature of the task. We were going to sit in judgment of people who either had disputes (civil court) or were charged with crimes (criminal court). I felt a great sense of inadequacy for the task at hand. Passing judgment on another person, with serious life consequences riding on the decision, is not a simple thing. Because we’re flawed human beings, we may not always make the right judgments. While the justice systems of our world might struggle and falter because of the inherent failings of the humans that manage them, we can always trust our God to excel in wisdom and fairness. The psalmist sang, “The LORD reigns; the world also is firmly established, it shall not be moved; He shall judge the peoples righteously” (Ps. 96:10). God judges according to righteousness – defined by His own perfect justice and flawless character. We can trust God now when life seems unfair, knowing that He will one day make all things right in His final court (2 Cor. 5:10). – Bill Crowder The best of judges on this earth Aren’t always right or fair; But God, the righteous Judge of all, Wrongs no one in His care. - Egner One day God will right every wrong. URUSAN YANG SERIUS BACA: Mazmur 96:1-13 TUHAN itu raja! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang; Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil. – Mazmur 96:10 BACAAN UNTUK SETAHUN: * Kidung Agung 1-3 * Galatia 2 Baru-baru ini saya telah dipanggil untuk bertugas sebagai juri. Perkara ini bererti bahawa saya akan menghadapi banyak kesulitan dan banyak masa akan terpakai, tetapi ia juga urusan yang serius. Pada hari pertama orientasi, hakim memberi kami ceramah tentang tanggungjawab yang terlibat dan kepentingan tugas tersebut. Kami akan duduk untuk mengadili orang yang mempunyai pergaduhan (mahkamah sivil) atau orang yang didakwa dengan kes-kes jenayah (mahkamah jenayah). Saya berasa sangat tidak layak untuk menjalankan tugas itu. Menjatuhkan penilaian terhadap orang lain, dengan akibat yang serius berdasarkan keputusan yang diberi, bukan perkara yang mudah dilakukan. Kita adalah manusia yang tidak sempurna, kita tidak mungkin selalu memberikan keputusan yang betul. Walaupun sistem pengadilan dunia kita mempunyai pergelutan untuk bersikap adil kerana kelemahan dalam diri manusia yang mengurusnya, tetapi kita selalu boleh mempercayai Tuhan kita untuk bertindak dalam kebijaksanaan dan keadilan. Si pemazmur bernyanyi, “TUHAN itu raja! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang; Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil” (Mazmur 96:10). Tuhan menghakimi menurut keadilan – berdasarkan keadilan-Nya yang sempurna dan sifat-Nya yang tidak bercacat cela. Kita boleh percaya kepada Tuhan sekarang apabila kehidupan seolah-olah tidak adil, kerana mengetahui bahawa suatu hari nanti Dia akan melakukan yang adil di mahkamah-Nya yang terakhir (2 Korintus 5:10). – Bill Crowder Hakim yang terbaik di bumi ini Tidak selalunya benar atau adil; Tetapi Tuhan, Hakim yang paling adil, Tidak menyalahkan sesiapa pun dalam jagaan-Nya. - Egner Satu hari nanti Tuhan akan membetulkan setiap kesilapan.
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 20:56:51 +0000

Trending Topics




© 2015