SOALAN 3 Terlalu ramai lepasan ahli Jemaah Pas daripada - TopicsExpress



          

SOALAN 3 Terlalu ramai lepasan ahli Jemaah Pas daripada universiti tempatan yang mana potensi kepemimpinan, intelektualisme, aktivisime dan gerakan advokasi mereka memuncak semasa di kampus. Terutama yang terdiri daripada pemimpin Jemaah dan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar. Merekalah yang paling arif dalam real politik tempatan berbanding lepasan-lepasan Timur Tengah kerana telah bergelumang dengan politik nasional, sentiasa berhubung dengan pimpinan Pas, Umno, Pkr, Dap secara langsung dan mempunyai networking bersama mahasiswa tempatan pelbagai kaum (bakal pemimpin pelbagai parti politik nasional) serta NGO-NGO yang pelbagai. Soalannya ialah Bagaimana calon-calon Pemimpin Pemuda Pas Pusat hendak memposisikan bakat-bakat muda dalam Jemaah ini? Jawapan : Merakyatkan Pemuda, Memudakan Rakyat akan membuka ruang kebersamaan bakat dan kebolehan serta kepelbagaian pengetahuan dan ilmu. Atas dasar tersebut saya menawarkan dan mencadangkan serta akan memantapkan oraganisasai dalam Dewan Pemuda Pas Pusat dengan penambahan portfolio untuk melibatkan lebihramai bakal-bakal pemimpin bersama Pemuda dalam semua urusan. Pemuda Pas Malaysia di bawah Merakyatkan Pemuda Memudakan Rakyat akan bergerak dan bertindak sebagai sebuah Kerajaan Menunggu [Government In Waiting]. Dewan Pemuda Pas akan mewujudkan portfolia bagi setiap kementerian. Setiap Kementerian Kerajaan akan dipantau oleh suatu portfolio Pemuda. Jabatan-jabatan di dalam Dewan Pemuda Pas Malaysia bergerak seperti biasa dan dalam masa yang sama portfolio-portfolio Kementerian memantau setiap Kementerian untuk mengkaji, menilai dan memberikan cadangan, penjelasan mahu pun kritikan kepada kementerian terlibat. Contohnya dalam isu rasionalisasi subsidi minyak, yang mungkin terlibat secara langsung ialah portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [KPDNKK] dan Kementerian Kewangan. Maka kedua-dua portfolio Kementerian ini akan meneliti, mengkaji, menilai keseluruhan isu ini dan seterusnya menggerakkan Pemuda mendepani isu terlibat. Dengan kewujudan portfolio-portfolio Kementerian ini keterlibatan pelbagai pihak dan latarbelakang anak muda dapat digarap dan disatukan. Secara langsung dan tidak langsung akan membuka ruang keterlibatan dan memberikan ruang serta peluang menonjolkan bakat kepimpinan. Dengan ruang dan peluang ini, kita akan melahirkan lebih ramai pelapis kepimpinan yang berkualiti untuk bukan sahaja memimpin Pemuda tetapi memimpin negara dan masyarakat. InsyaAllah
Posted on: Wed, 06 Nov 2013 07:24:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015