SUASANA RAMADHAN, QURAN DAN LAILATULQADAR Video ini menampakkan - TopicsExpress



          

SUASANA RAMADHAN, QURAN DAN LAILATULQADAR Video ini menampakkan satu pelajaran paling besar dalam kehancuran kehidupan manusia sejagat. Lihatlah bagaimana dunia hancur bila peraturan Allah dilanggar sewenang-wenang. Yang besar, yang kuat menindas yang kecil dan lemah sesuka hati. Yang kecil dan lemah pula terlalu jumud dalam mengikuti peraturan. Puasa itu mendidik kesabaran dan ketakwaan kita agar tidak makan walaupun makanan ada. Lampu hijau tidak bermakna selamat walaupun itu adalah laluan untuk kita. Buktikan keselamatan itu dahulu melalui tinjauan mata sampai hati benar benar mengesahkan ia selamat sebelum melangkah. BANYAK UDANG BANYAK GARAM Ketika Adam a.s. turun ke bumi dan hanya ada anak seorang dua, tiada sistem atau aturan hidup dibekalkan. Setiap kali melalui konflik dan kesukaran hidup, anak anak Nabi Adam a.s. akan belajar mencipta peraturan bagi mengelakkan konflik itu berulang. Kini anak cucu Adam sudah ramai. Lebih ramai penghuni dunia, lebih banyak peraturan yang diperlukan agar hidup mereka TERATUR dan sejahtera. Di Australia contohnya. Sebuah negara yang sama memaparkan ragam penduduk yang berlainan di bandar yang berbeza mengikut kepadatan penduduknya. Jika anda memandu di Perth dan Brisbane contohnya, pemandu di jalan besar yang lurus di bandar ini boleh berhenti memberi laluan kepada kereta yang nak keluar dari simpang, atau ada pejalan kaki atau kucing yang nak melintas jalan. Menekan hon dikira biadab. Di kampung pendalaman jauh lebih berhemah dan beradab. Ini amat jauh berbeza dengan pemanduan di Sidney dan lain lain kota yang padat penduduknya. Manusia sibuk berebut rebut menjalani kehidupan, saling pijak memijak dan tindas menindas. Pergaduhan berlaku di sana sini. Hon tidak lekang dari jari dan ia amat memekakkan telinga. Kata orang, “Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam”. RAGAM manusia itulah yang dianalogikan sebagai ‘GARAM’. Sewaktu air berjumlah sedikit, terbit dari celah batu dan berkumpul di jeram, dari bukit dan gunung menuju ke sungai, ia amat jernih dan segar. Apabila ada manusia beraktiviti, mandi manda dan berkelah, mula ditinggalkan sisa kotoran yang memanggil tikus. Timbul pula pencemaran yang membawa penyakit ‘kencing tikus’. Kerana itu ada riwayat yang mengatakan tikus adalah analogi ‘jelmaan Yahudi’. Air bukit yang segar itu akan berkumpul dan menyatu mengalir di sungai-sungai menuju ke lautan. Pada awalnya ia kekal segar untuk mandi manda, menyuci kotoran dan minuman walaupun sedikit berubah warnanya. Lama kelamaan ia mula dicemari oleh aktiviti manusia yang mengotorkan. Apabila berkumpul di lautan dan tidak lagi mengalir lalu ia berubah menjadi masin. Lalu Allah atur alam ini untuk membantu manusia mendapatkan semula air segar melalui proses hujan dari langit. Kotoran dari sikap manusia inilah yang telah mencemarkan kehidupan dan memasinkan air dilautan manusia secara analoginya. Secara negetifnya, banyak orang banyak pula najis dan kotoran yang terhasil, bumi ditarah, banyak penganiayaan dan kezaliman berlaku. Sudahnya nak cari pelaku pun menjadi amat sukar kerana lebih ramai penduduk lebih mudah menyelit dan menyembunyikan diri. Kemasinan di lautan itu adalah analogi yang menggambarkan kekalutan kehidupan di dunia hari ini. Banyak peraturan asas dalam kehidupan telah direka reka oleh manusia sendiri namun masih tidak berjaya mengamankan kehidupan mereka. Masing masing mengejar dunia dan menzalimi yang lain tanpa berkira kira. Dalam kes penagihan dadah, jenayah ragut, culik, rogol dan bunuh contohnya, golongan yang jelas lemah sengaja dijadikan mangsa. Puak-puak yang bertelagah dalam politik pula menghujat tidak kira siapa tanpa batas. Inilah suasana, zaman atau FASA/HARI yang di panggil RAMADHAN. Ia adalah salah satu dari 6 FASA/HARI kejadian tamadun kemanusiaan tercipta, fasa pembentukan ‘LANGIT’ selaku pemimpin, dan ‘BUMI’ golongan yang dipimpin. Inilah fasa di mana kesemuanya dibentuk untuk tunduk patuh kepada kekuasaan dan aturan Allah. Kerana itu Allah ulang sampai 7 kali dalam quran kenyataan penciptaan dalam 6 MASA (FASA) ini. MANUSIA HURU HARA TANPA ATURAN HIDUP YANG TERBAIK Di Peringkat awal RAMADHAN manusia masih lagi tidak terasa panasnya kehidupan ini tanpa alquran selaku aturan dari Allah. Jika AIR itu analogi idea/hidayah, maka di awal fasa panas, fasa ramadhan ini kita masih lagi mahu mengolah dan MENGALIRKAN air masin untuk diminum dan menyuci. Kita teruskan juga biarpun tangan melecur, kepala pening, badan kurus kering dan perut memulas. Jika POKOK itu adalah analogi kepercayaan, atau akidah yang berakar umbi, maka di awal ramadhan kita masih juga mahu kekal TEGAK, degil (orang Kedah panggil KETEGAK) dengan mempercayai ilmu yang kita cedok dari lautan masin itu. Habis cendiakawan pelbagai rupa dari seluruh dunia kita agung agungkan, kita serap apa sahaja falsafah mereka ke dalam hidup kita. API itu adalah analogi ‘kemarahan’ dalam jiwa manusia. Akibat kegagalan sistem kehidupan yang tidak dari Allah yang mencipta kita, maka tanpa sedar kita menghimpun kekesalan yang menyebabkan hati mudah marah dan memberontak. Sedikit sahaja kesilapan manusia sudah cukup untuk membuat hati kita TERBAKAR menyala-nyala. LAILATULQADAR, NUZUL QURAN - PENYELESAIAN MASALAH MANUSIA Bagi mengelakkan kecelaruan dalam kehidupan, maka manusia perlukan aturan yang terbaik untuk menangani berbagai ragam kehidupan itu. Selaku Pencipta, Allah maha mengetahui akan keperluan aturan yang terbaik untuk kita. Kerana itulah alquran diturunkan dalam fasa Ramadhan ini, khususnya pada 10 malam terakhir. MALAM adalah satu analogi kepada suasana KEGELAPAN yang kita alami sepanjang ramadhan ini. Ada juga yang kata NUZULQURAN itu di malam ke 27. Pada 10 malam terakhir atau tepatnya di malam ke 27 nanti, manusia sudah benar benar lelah dan tertekan. Ketika FASA itu manusia akan benar benar menyerah kalah dan itulah saat yang tepat untuk manusia diberikan pedoman. Itulah gambaran suasana ramadh (kepanasan) yang maksima. Ketika itulah baru manusia SUDI menerima quran dengan sepenuh hati. Kali ini WAHYU yang dianalogikan sebagai AIR hujan dari langit kurniaan Allah ini akan mengalir deras. Segala hidayah dalam otak manusia yang dianalogikan sebagai air itu akan BEKU, kerana manusia sebenar benarnya sudah buntu dengan pelbagai kegagalan dari cara hidup ciptaan sendiri. Pada saat manusia terpinga pinga, bingung dan buntu kerana tiada lagi idea untuk memperbaiki hidup itulah suasana jadi HENING. Segala idea yang sekian lama dikumpul dari pelbagai cendiakawan yang dipuja oleh lautan manusia telah menjadi BEKU. Itulah suasana di saat wahyu dari alquran diturunkan, NUZUL QU’RAN. Saat ini POKOK pegangan manusia akan TUNDUK patuh kepada wahyu itu dengan menolak segala rujukan ahli kitab, ahli sihir dan cendiakawan timur dan barat yang selama ini diagungkan. Waktu itu manusia tidak lagi mudah TERBAKAR melihat atau mendengar propaganda dan celaan orang lain. Cobaan ini dianalogikan sebagai API dari neraka ciptaan DAJJAL, yang sedikit menerangi sekeliling tetapi amat memanaskan hati. Dengan wahyu, hati kita akan kekal sejuk kerana tahu si pencacai itu adalah golongan JAHIL, dan orang yang jahil tidak wajar di hukum. Inilah hakikat LAILATUL QADAR yang dicari manusia di malam ke 10 terakhir RAMADHAN. Mari tanya diri sendiri, kita berada di tahap mana sekarang? Awal Ramadhan? Akhir ramadhan? Atau belum ramadh lagi? SI BODOH IALAH MANUSIA ZALIM, BUKAN YANG JAHIL Kita sememangnya dilahirkan jahil. Itu telah Allah nyatakan dengan jelas dalam quran (QS:16/78). Yang perlu kita buat ialah menggunakan sepenuhnya panca indera yang telah Allah bekalkan untuk mengutip ilmu, iaitu melalui proses pendengaran, penglihatan dan hati. Itu jugalah tertib asas dalam proses bertalaqqi menuntut ilmu. LANGKAH awal pendidikan ialah DENGAR dahulu asas maklumat atau ilmu. Seterusnya cari dan LIHAT bukti (BAINAT) kebenaran maklumat yang didengar tadi untuk HATI mengesahkan kebenarannya. Setelah hati kita pasti akan kebenaran ilmu itu barulah kita mula menggunakan akal untuk menyampaikannya. Itulah proses MUMAYYIZ dan AKIL BALIGH, proses kita belajar membezakan hak dan batil, memproses dengan akal (AKIL) dan menyampaikannya kepada yang lain (BALIGH). Barulah jadi JELAS penyampaian kita (BALAGHUL MUBIIN). Jika kita jadi imam, pasti jelas kepimpinan kita (IMAMIM MUBIIN). Jika kita membacakan quran, akan jelas bacaan kita (QUR’ANUM MUBIIN). Waktu inilah alquran menjadi penyembuh (syifa’) dan hati kita terawat. Masalah kita ialah gagal menggunakan proses PENDENGARAN, PENGELIHATAN dan HATI. Kita berfurqon tanpa mendengar dan melihat bukti. Kerana itu juga kita banyak tertipu dengan ahli kitab, ahli sihir dan tukang tenung (bomoh) yang banyak mengkaburi mata dengan asap (AD-DUKHAN). Lebih malang lagi, ilmu belum jelas di dada (QS:29/49) kita sudah berani berkata kata dengan sombong dan mempengaruhi yang lain. Ini semua akan dipersoalkan akhirnya dan hidup kita jadi huru hara (QS:17/36-37). Ada juga golongan yang tahu serba sedikit, namun sudah sibuk menulis buku dan kitab hanya untuk meraih laba dunia, untuk mendapatkan sedikit pujian manusia dan hasil jualan kitabnya. Lebih malang apabila mereka mengatakan apa yang ditulis itu dari Allah, padahal mereka sendiri masih buta huruf, tidak kenal pun Kitabullah (al-ummiy) (QS:2/78-79) Apabila kefahaman kita belum jelas, tentu kita sendiri tidak mampu melakukan apa yang kita katakan kepada manusia melalui ceramah atau buku kita itu. Lebih malang lagi jika kita memang sudah jelas tetapi kita sengaja tidak mahu ikut melaksanakan segala perintah dan saranan yang kita sampaikan kepada manusia kerana takut hilang populariti. Akhirnya manusia akan mencemuh dan membenci. Kebencian ini selari dengan sikap Allah terhadap golongan ini. Allah benci orang yang bercakap tetapi tidak melaksanakannya (QS:61/2-3). INILAH gambaran kezaliman manusia, meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, melakukan sesuatu tidak mengikut tertib dan aturannya. Semua yang Allah ajar tidak dipatuhi. Inilah orang yang ZALIM akibat KEBODOHANnya. BODOH kerana ia JAHIL tetapi tidak mahu di ajar untuk dipandaikan (QS:33/72). KESIMPULAN BODOH ialah orang JAHIL yang tidak mahu diAJAR, orang SUSAH yang tidak mahu DITOLONG, orang SESAT yang tidak mempedulikan PETUNJUK, SIBUTA yang tidak mahu diberi TONGKAT, orang SAKIT yang tidak mahu DIRAWAT (QS:10/57) dan sebagainya. Dahulu Islam sudah sempurna ilmu dan perlaksanaannya. Namun semakin hari ia semakin luntur ibarat pakaian lusuh. Itulah analogi lusuhnya sistem Islam yang kita pakai dalam kehidupan. Kita ada ramai ulamak, namun kita masih gagal melaksanakan banyak aturan Allah dimuka bumi ini. Kerana itu Allah katakan ulamak sebegini sebagai keldai dan tidak beragama (QS:5/68,QS: 62/5). Jika ulamak sudah tidak beragama, bagaimana kita orang awam? Lihatlah kesan kerusakan dari video ini pada skop yang lebih luas. Betapa manusia menzalimi diri sendiri dan insan lain kerana melanggar peraturan sesuka hati. Generasi anak jadi begini kerana kezaliman ibubapanya. Rakyat jadi begini kerana kezaliman pemimpin dan ulamaknya. Sempena ramadhan kali ini, mari cari LAILATULQADAR yang sebenarnya. Ambillah inisiatif untuk membuka QURAN di SURAH (QS:) yang kami cadangkan agar pembacaan kita mendekatkan hati kepada Allah melalui kefahaman wahyunya, bukan lunak suaranya sahaja. Sepotong ayat yang difahami lebih baik dari khatam 2 hari sekali tanpa memahaminya. Kudap Ramadhan WARGA PRIHATIN – prihatin.net.my
Posted on: Wed, 02 Jul 2014 05:41:12 +0000

Trending Topics



style="min-height:30px;">
Great Deal Black Friday Bullhide McGraw Shantung Panama Straw
**ENTER TO WIN** We will be at The Annual Home Show held the Lake
A super duper thank you to all YogaBellies customers! A £245
VOLUNTEER COMMENT : Rachel WubbsDogs SIMBA is an AWESOME puppy. He
ANNOUNCEMENT: Due to unforeseen circumstances Harvey McKay will
Dr confirmed Drake has brachial plexus injury...long story short,
#AussieTwerkTour! Video from #AussieTwerkShop in #NewCastle at
Cyber Monday GPK Systems AC Adapter for Select Asus

Recently Viewed Topics




© 2015