SURAH AL-MULK Al-Mulk bermaksud kuasa pemerintahan. Merupakan - TopicsExpress



          

SURAH AL-MULK Al-Mulk bermaksud kuasa pemerintahan. Merupakan surah yang ke-67 di dalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah S.W.T iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang kekurangan. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.... Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah S.A.W, baginda bersabda: sesungguhnya ada satu surah dalam Al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya itulah surah tabarakallazi biyadihi al-mulk. (Riwayat Iman Ahmad)....
Posted on: Tue, 04 Mar 2014 23:31:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015