SUSPEK CURI KERETA DITAHAN SELEPAS KERETA TERBABAS Johor - TopicsExpress



          

SUSPEK CURI KERETA DITAHAN SELEPAS KERETA TERBABAS Johor Baharu, 13 Feb - Polis menahan seorang suspek berusia 22 tahun apabila kereta yang dinaikinya terbabas selepas melanggar sebuah kereta peronda polis dan lima kenderaan awam di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 2 petang itu, anggota kereta peronda polis cuba menahan suspek untuk pemeriksaan tetapi suspek bertindak memecut kenderaannya. Katanya kereta peronda polis telah mengejar kenderaan berkenaan sejauh tiga kilometer sebelum suspek melanggar kereta peronda polis lain dan lima kenderaan awam sebelum kereta itu hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik. Dalam kejadian di Jalan Permas Utara off Jalan Masai Lama di sini, suspek mengalami kecederaan di jari tangan kanan, katanya dalam kenyataan di sini. Sulaiman berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu itu dilaporkan hilang dan suspek tidak mempunyai lesen memandu. Suspek dipercayai seorang penagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah, katanya. - BERNAMA
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 15:45:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015