## SYRIA, HALAB (Pengalaman misi kemanusiaan ke2 baru-baru - TopicsExpress



          

## SYRIA, HALAB (Pengalaman misi kemanusiaan ke2 baru-baru ini) Petang itu kami dibawa melawat salah sebuah klinik lapangan di salah satu perkampungan di pinggir Halab. Kami dimaklumkan bahawa perkampungan ini adalah antara perkampungan termiskin dan terjahil. Rata- rata masyarakat di sini buta huruf dan tidak berpindidikan sejak dari kecil, mereka cukup jahil dengan agama dan kebiasaannya pekerjaan mereka adalah sebagai pengutip sampah di sekitar bandar Halab. Mereka tidak mengenal sekolah mahupun masjid. Sebelum ini tempat ini menjadi kubu kuat regim Basyar, dan alhamdulillah tempat ini berjaya dibebaskan oleh FSA. Fasa baru kehidupan Mereka bermula apabila mula dididik dengan kepentingan ilmu dan iman juga kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan. Sebelum ini pelbagai wabak dihadapi oleh penduduk setempat akibat masalah kebersihan, sekarang ini mereka dididik oleh pihak terbabit antaranya Majlis Tempatan Halab (Aleppo Council), akan cara menjaga kebersihan diri, rumah dan keluarga. Melalui bantuan kewangan yang disalurkan, pihak Aleppo Council mampu menjalankan Kegiatan seperti bergotong royong, agihan ubat kutu, dan sekiranya mereka tidak mempunyai air unuk mandi dan aktiviti pembersihan, maka pihak berwajib menyediakan air untuk mereka. Kejahilan mereka cukup dibuktikan dengan kisah sebelum ini sebuah keluarga yang menyangka isterinya sedang tidur, dikejut tidak bangun, dipanggil makan tidak menyahut, bercakap tidak berbalas sehinggalah hari kelima barulah si suami bertanyakan kepada doktor kenapa isterinya tidak bergerak-gerak. Rupa-rupanya isterinya sudah 5 hari meninggal dan keluarga tidak mengetahuinya walaupun hidup bersama. Klinik kesihatan ini hanya beroperasi untuk sakit-sakit luar dan biasa, itupun bekalan ubat tidak mencukupi, bekalan elektrik pula hanya menggunakan sebuah kereta yang dijadikan sebagai generator. Malam itu juga, sebahagian dari kami duduk berbincang akan projek yang ingin dilakukan selepas ini manakala sebahagian lain meronda kawasan perumahan dan melawat beberapa penduduk. Memang keadaan mereka amat dhaif. Dan benarlah hadis nabi : " yang paling hampir dengan kufur adalah faqir". Malam itu juga kami dihiasi dengan nyalaan dan bunyian"bunga api" dan "meriam". Kelihatan seperti meriah, tetapi penuh kekejaman dan kerosakan. Keesokan harinya kami mendengar berita sekurang-kurang 15 orang terkorban akibat serangan regim.. InsyaAllah misi seterusnya akan berlangsung pada akhir Ramadhan (akhir Julai).. Gambar : 1. Seorang nenek tua buta yang hidup dalam rumah yang tidak ubah seperti stor (rumah memanjang, depan tandas dan dapur, kemudian bilik, seperti di dalam gambar), dijaga oleh anak angkat yang berusia baru 14 tahun. 2. Seorang kanak-kanak yang terpaksa tidur diluar rumahnya kerana masalah kulit, kondisi rumah yang panas dan sempit melambat dan memburukkan penyakit. 3. Penyakit kulit yang dihadapi ramai kanak-kanak Halab akibat masalah sampah yang tidak diuruskan dengan baik. Kewujudan Aleppo Council adalah antaranya untuk membantu mengurusaturkan semula kehidupan di Halab. 4. Kereta yang digunakan untuk membekalkan bekalan elektrik untuk klinik kesihatan. Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions : NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666 SWIFT CODE : MBBEMYKL EMAIL: malaysia4syria@gmail Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057 Paypal: msia4syria@gmail
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 05:27:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015