*Saham Blackberry turun 16 peratus Toronto: BlackBerry Ltd - TopicsExpress



          

*Saham Blackberry turun 16 peratus Toronto: BlackBerry Ltd membatalkan rancangan penjualannya dan mengumumkan peletakan jawatan ketua eksekutif firma itu. Pengumuman itu mencetuskan penurunan 16 peratus harga sahamnya serta meningkatkan kebimbangan pelabur kemungkinan pengeluar telefon pintar yang bermasalah itu semakin kehabisan pilihan. Selepas semakan semula selama dua bulan terhadap pilihan strategik dan rundingan bersama pembeli berpotensi yang termasuk Facebook, Lenovo serta firma ekuiti persendirian seperti Cerberus Capital Management LP, BlackBerry berkata ia akan membatalkan rancangan penjualan. Sebaliknya, ia akan menjana AS$1 bilion (RM3.15 bilion) dengan menerbitkan nota boleh ubah kepada sekumpulan pelabur jangka panjang termasuk pemegang saham terbesarnya, Fairfax Financial Holdings. Satu-satunya tawaran rasmi untuk membeli BlackBerry datangnya daripada Fairfax, yang mahu menjadikannya syarikat persendirian dalam urus niaga bernilai AS$4.7 bilion (RM14.79 bilion). Bagaimanapun, sumber berkata pemimpin Fairfax, Prem Watsa mempunyai masalah membiayai urus niaga itu. Fairfax akhirnya akan menanggung hutang AS $250 juta (RM786.75 juta) daripadaj tawaran itu. “BlackBerry sedang menyulitkan kakitangan dan pelanggannya. Satu-satunya perkara yang bertambah adalah keraguan,” kata Naib Presiden Kanan First Asset Investment Management yang juga antara pelabur BlackBerry, John Stephenson. “Anda boleh mempertikaikan bahawa ia hari yang ‘OK’ bagi Fairfax dan Prem Watsa, namun ia hari yang buruk bagi Kanada. Ia hari yang buruk bagi pelabur serta kakitangan BlackBerry,” kata Stephenson. Pengasas BlackBerry, Mike Lazaridis dan Douglas Fregin telah bekerjasama dengan Cerberus dan gergasi cip mudah alih Qualcomm untuk menimbangkan bidaan bagi BlackBerry. Minggu ini mereka menghantar sepucuk surat kepada BlackBerry menyatakan minat dan meminta lebih banyak masa untuk memuktamadkan bidaan itu, mengikut individu yang rapat dengan janji niaga berkenaan. Konsortium itu, yang disokong oleh Goldman Sachs Group Inc, yakin ia mampu mendapatkan pembiayaan diperlukan namun mendapati BlackBerry tidak bekerjasama dalam menyediakan maklumat penting, termasuk kontrak kerajaan serta portfolio harta inteleknya, kata sumber. Saham BlackBerry ditutup 16 peratus lebih rendah pada AS$6.50, memberikan nilai pasaran syarikat itu kira-kira AS$3.38 bilion, jauh di bawah paras kemuncaknya AS$80 bilion. BlackBerry menamakan John Chen, yang bertanggungjawab memulihkan Sybase Inc pada akhir 1990-an sebagai Ketua Eksekutif merangkap Pengerusi Eksekutif sementara. Sybase, sebuah syarikat perisian enterpris dibeli SAP AG pada 2010.v
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 00:05:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015