Salam Sejahtera: 6 Bawah 2 & 1 PENGGAL 1 TDS Arnold,Wen - TopicsExpress



          

Salam Sejahtera: 6 Bawah 2 & 1 PENGGAL 1 TDS Arnold,Wen Shan,Zheng Da,Din,Faisal,Ain,Arina,Ismanizah,Shi Ting,Mellissa Cuba buat latihan dari CIKGU AZLY ni.....spot dari Beliau , SOALAN TARGET MUDAH SEDERHANA BAB 1 ;PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 Nyatakan empat kepentingan modal bagi sesebuah perniagaan. 2 Bezakan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan. 3 Berikan lima ciri perniagaan masa depan. 4 Terangkan lima sumbangan perniagaan berasaskan pemasaran tayar kepada negara Malaysia. 5 Jelaskan tiga keadaan bagaimanakah persekitaran ekonomi sesebuah negara boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. 6 Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi perniagaan. 7 Apakah maksud persekitaran sosiobudaya. Jelaskan bagaimana komponen persekitaran ini mempengaruhi perniagaan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 8 Nyatakan alasan anda mengapa persekitaran umum di Malaysia sesuai untuk melancarkan produk baharu dalam pasaran. 9 Bezakan entiti perniagaan tunggal, syarikat dan koperasi dari aspek perundangan. 10 Terangkan risiko yang bakal ditanggung oleh pemilik perniagaan jenis milikan tunggal. 11 Nyatakan mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi perusahaan kecil. 12 Berikan tiga kelebihan perkongsian dan tiga kelemahan perkongsian 13 Terangkan tiga kelebihan syarikat berbanding dengan perkongsian 14 Senaraikan aktiviti-aktiviti perniagaan berbentuk pengeluaran dan perkhidmatan 15 Huraikan bagaimana proses tambah nilai berlaku dalam industri perabot kayu getah. 16 Berikan empat kebaikan sesebuah perniagaan itu melibatkan diri di pasaran antarabangsa. SOALAN TARGET MUDAH UNTUK BAB 2PENGELUARAN PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1. Huraikan kepentingan pengurusan pengeluaran. 2. Huraikan secara ringkas sistem pengeluaran. 3. Jelaskan objektif susun atur kilang. 4. Terangkan ciri-ciri pengeluaran secara kelompok. 5. Huraikan susun atur proses. 6. Huraikan ciri susun atur produk 7. Jelaskan definisi kawalan kualiti dan huraikan kepentingan kawalan kualiti bagi 8. aktiviti pengeluaran produk. 9. Huraikan Kawalan Proses Secara Statistik (SPC) sebagai satu alat kawalan kualiti. 10. Jelaskan alat kawalan inventori Just In Time dan berikan empat kebaikan penggunaan JIT. 11. Berikan lima ciri penting alat kawalan inventori Just In Time. 12. Jelaskan kaedah analisis ABC sebagai alat kawalan inventori. 13. Jelaskan tiga kelemahan Just-in-time [JIT] dan Analisis ABC. 14. Terangkan empat keburukan menyimpan inventori bahan mentah secara berlebihan kepada sesebuah syarikat pengeluaran. 15. Nyatakan lima prinsip ISO 9000 16. Terangkan faedah ISO 9000 yang akan diperoleh oleh sesebuah organisasi. 17.Jelaskan kelemahan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) kepada sesebuah org anisasi. 18. Berikan lima kebaikan penggunaan perisian Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD). 19. Berikan maksud konsep merekayasa (reengineering) dan terang tiga kebaikan bagi konsep pengurusan pengeluaran moden tersebut. SOALAN TARGET MUDAH/SEDERHANA BAB 3 PEMASARAN PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 Berikan definisi pemasaran dan nyatakan elemen dalam campuran pemasaran 2 Jelaskan maksud pendekatan strategik dalam pemasaran 3 Senaraikan lapan fungsi pemasaran. 4 Nyatakan lapan ciri demografi yang lazim digunakan di Malaysia dalam proses segmentasi pasaran. 5 Nyatakan rangsangan pemasaran dan rangsangan persekitaran yang mempengaruhi kotak hitam pengguna dalam gelagat pembelian suatu produk. 6 Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi pemasar dalam menentukan sasaran pasaran. 7 Jelaskan bagaimana faktor pekerjaan mempengaruhi seseorang individu dalam gelagat pembelian. 8 Berikan perbezaan antara produk fizikal dengan produk perkhidmatan 9 Nyatakan empat fungsi pembungkusan sesuatu produk. 10 Nyatakan ciri pemilihan jenama yang baik dalam strategi keputusan produk. 11 Huraikan kitaran hayat produk semasa peringkat kematangan. 12 Jelaskan maksud kelebaran campuran dan kedalaman campuran bagi sesuatu produk dengan memberikan contoh yang sesuai. 13 Selain istilah harga, terangkan empat istilah lain yang biasa pemasar gunakan untuk menggambarkan suatu nilai bagi suatu keluaran. 14 Huraikan kaedah penentuan harga produk baru. 15 Terangkan penentuan harga umum berasaskan persaingan. 16 Jelaskan konflik yang sering berlaku dalam saluran agihan. 17 Huraikan konsep campuran promosi. 18 Nyatakan empat tujuan promosi. 19 Nyatakan langkah-langkah dalam mengembangkan komunikasi yang berkesan untuk tujuan promosi. 20 Huraikan tiga kaedah penetapan belanjawan promosi. SOALAN TARGET MUDAH/SEDERHANA BAB 4 KEWANGAN PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 Terangkan tiga kepentingan pengurusan kewangan kepada sesebuah perniagaan. 2 Nyatakan tiga komponen utama penyata pendapatan dan kunci kira-kira. 3 Jelaskan empat kegunaan penyata pendapatan bagi sesebuah organisasi perniagaan. 4 Jelaskan maksud analisa kewangan dan berikan tiga sebab mengapa seseorang pengurus kewangan perlu membuat analisa kewangan. 5 Terangkan dua jenis nisbah yang menentukan kecekapan operasi sesebuah perniagaan. 6 Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemiutang dalam menentukan polisi kredit. 7 Terangkan empat peranan insurans kepada seseorang individu. 8 Jelaskan kepentingan penyata kewangan syarikat kepada kesatuan sekerja 9 Berikan maksud overdraf dan huraikan perbezaannya dengan pinjaman jangka pendek. 10 Jelaskan maksud prinsip doktrin punca terdekat 11 Jelaskan risiko yang tidak boleh diinsuranskan. 12 Nyatakan lapan contoh risiko yang boleh diinsuranskan. 13 Nyatakan empat tujuan seseorang mengambil insurans hayat. 14 Huraikan tiga bentuk ganti rugi [indemniti] yang akan dibayar oleh syarikat insurans kepada si diinsurans. SOALAN TARGET MUDAH/SEDERHANA BAB 5 SUMBER MANUSIA PENGGAL 1 BAHAGIAN A 1 Apakah yang dimaksudkan dengan Analisis Kerja dan huraikan kandungan Huraian Kerja dan Spesifikasi Kerja. 2 Jelaskan cabaran globalisasi yang dihadapi oleh pengurus sumber manusia. 3 Jelaskan sumber pengrekrutan. 4 Terangkan tiga kaedah pengrekrutan sumber dalaman. 5 Senaraikan empat jenis ujian memilih pekerja. 6 Huraikan empat perbezaan latihan dan pembangunan. 7 Senaraikan faktor-faktor yang menentukan pembayaran gaji dan upah kepada seseorang pekerja 8 Nyatakan bentuk ganjaran kewangan. 9 Senaraikan empat ganjaran bukan dalam bentuk kewangan. 10 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah salah satu ganjaran bukan berbentuk kewangan yang layak diterima oleh individu sebagai pulangan kepada tugas-tugas yang dijalankan untuk organisasi. Jelaskan bagaimana ganjaran ini dilaksanakan. 11 Terangkan bagaimana faktor ekuiti dalaman dan luaran mempengaruhi pengurus menentukan ganjaran yang akan diberikan kepada seseorang pekerja. 12 Huraikan tiga kepentingan program latihan dan pembangunan kepada organisasi. 13 Galurkan hubungan antara program yang berkaitan ganjaran dan penilaian prestasi pekerja dengan faktor motivasi pekerja dalam melaksanakan pekerjaan. 14 Jelaskan kaedah penilaian prestasi berdasarkan kaedah pengurusan melalui objektif. 15 Terangkan masalah berkaitan organisasi dan sistem penilaian dalam membuat penilaian prestasi pekerja. 16 Senaraikan empat pihak yang terlibat dalam sistem perhubungan industri di Malaysia. 17 Nyatakan empat kepentingan penilaian prestasi kepada organisasi. 18 Jelaskan maksud tindakan disiplin positif dan tindakan disiplin progresif 19 Jelaskan situasi yang menyebabkan sesebuah organisasi melaksanakan kaedah pengurangan pekerja (Retrenchment). 20 Huraikan peranan kesatuan sekerja dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi oleh pekerja wanita. 21 Jelaskan bagaimana faktor untuk membaiki keadaan ekonomi menjadi faktor pendorong pekerja ingin melibatkan diri dalam kesatuan sekerja. *****CUBA BUAT PETA MINDA, INSYA ALLAH JIKA BERUSAHA ADALAH HASILNYA...................
Posted on: Sun, 17 Nov 2013 13:56:41 +0000

Trending Topics



ass="stbody" style="min-height:30px;">
Are there any girls out there who still want to wear a guys
During the 2011 campaign, Mr Sata If they give you money get it
Sandy Koufax Autographed Baseball - Bk To La - Steiner Sports
To all my family here on a great Sunday evening wishing each one a
Ram

Recently Viewed Topics




© 2015