Salam shbt semua pg yg indah ini marilah dgr satu cerita yg - TopicsExpress



          

Salam shbt semua pg yg indah ini marilah dgr satu cerita yg menginsafkan kita andaikanlah mengikut kefahaman masing2 Wahai anakku, Di saatmu masih kecil, engkau tertanya- tanya mengapa pakcik di seberang jalan mempunyai kereta besar untuk anak- anaknya ke sekolah tapi kamu perlu berjalan kaki. Aku tersenyum tapi di hati kecilku aku terasa sedih tidak mampu memberikanmu yang terbaik. Aku bercerita mengenai seorang budak yang pernah diejek di sekolah kerana memakai sepasang kasut yang berlainan warna dan saiz. Kasut kirinya hijau, kasut kanannya merah. Semua berasa hairan, tapi tiada siapa di sekolah yang cuba memahami mengapa budak tersebut berpakaian kasut sedemikian. Sehinggalah satu hari, cikgu sekolah menyuruh ibubapa budak tersebut ke sekolah. Lalu mereka sedih melihat ibubapanya berkasut satu ke sekolah, sebelah kaki berkaki ayam. Kaki kanan bapanya berkasut hijau, dan kaki kiri maknya berkasut merah. Rupa- rupanya ibubapa budak tersebut telah memberikan segala yang ada dan terbaik buat budak itu. Dan budak itu menghargai sangat-sangat pemberian ibubapanya lalu memakai kasut hijau merah ke sekolah tiap-tiap hari walaupun diejek dan dicemuh. Wahai anakku, Ketika ditanya budak itu, mengapa dia sanggup bertahan diejek? Budak itu menjawab dia syukur dengan apa yang ada. Sekiranya kerana ejekan dia membuangkan kasut hijau merah yang diberikan ayahnya, budak itu berkata “apakah selepas ini aku harus mendesak ibubapa menyewa bas untuk saya ke sekolah sedangkan mereka sudah berkaki ayam sebelah kaki?” Cikgu-cikgu dan rakan-rakannya menangis mendengar penjelasan budak itu. Lalu budak itu turut berkata kerana perlu berjalan kaki 5km setiap hari ke sekolah, dia mendapat sesuatu yang tidak dapat dinikmati mereka yang menaiki bas dan dihantar kereta ke sekolah. Budak itu berkata disebabkan dia berjalan kaki, dia sedar akan kehebatan kakinya. Siapa memberikannya kaki? Allah. Lalu dia berkata dia terasa Allah amat menyayanginya kerana kakinya tidak pernah rosak seperti tayar kereta bocor ketikanya perlu menggunakannya untuk ulang-alik ke sekolah. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan, wahai anak kesayanganku, budak itu memberikan satu jawapan yang memukul sanubari semua orang. Kata budak itu, yang dipuja golongan bernasib baik ini ialah kehebatan kenderaan tersebut. Oleh kerana kenderaan itu dibina manusia, maka akhirnya mereka memuja kepintaran dan kehebatan manusia sehingga melupakan bijih-bijih besi dan getah adalah ciptaan Allah. Apakah kereta jika Allah tidak mencipta bijih besi yang tahan lasaknya? Apakah tayar tanpa getah ciptaan Allah? Tapi manusia yang bernasib baik ini sering terlupa, yang dipuja ialah manusia yang pandai menggunakan getah itu untuk membuat tayar. Semua orang menangis mendengar cerita budak itu. Umurnya yang baru menjangkau 14 tahun, tapi kerana kesusahan hidupnya, pemahaman dia jauh melangkaui rakan- rakan sebayanya termasuk guru-gurunya. Semenjak itu, tiada lagi yang tidak memberikan hormat kepada budak itu. Ustaz di sekolah itu mengambilnya sebagai anak angkat lalu membiayai pelajarannya ke peringkat universiti. Wahai anakku, Diharap cerita lama ini dapat memberikan ketenangan kepada jiwamu yang bergelora ketika menghadapi dugaan dan liku-liku hidupmu yang mencabar. Hidup ini singkat aja, maka dengan itu sudah tentunya dugaan yang sedang ditempuhimu akan jauh lebih singkat daripada hidupmu. Percayalah, kamu diuji untuk mematangkan kamu. Kamu diuji untuk diberikan sesuatu yang jauh lebih berharga. Tiada kehidupan yang dibazirkan, hanya masa yang dibazirkan kerana kamu merasakan kamu keseorangan di dunia ini. Kamu tidak keseorangan, sebenarnya Allah sentiasa berada di sisi, cuma kamu terlupa akan kehadiran-Nya. Senyum .:: | ﺣﺴﺒﻨﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﻧﻌﻢ ﺍﻟﻮﻛﻴﻞ| ::.
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 02:08:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015