Sarimah Ahmad Kongsi Rahsia Sihat Bak Primadona - TopicsExpress



          

Sarimah Ahmad Kongsi Rahsia Sihat Bak Primadona Hits 7147 Kome dato` sarimah ahmad, seniwati sarimah ahmad, produk kesihatan primadona, produk kesihatan, primadona, seniwati veteran, Kuala Lumpur, 25 Oktober 2012: Rahsia kecantikan dan memiliki tubuh badan yang sihat serta kekal langsing dikongsi bersama seniwati dihormati, Dato Sarimah Ahmad menerusi produk kesihatan Primadona. Merupakan produk keluaran syarikatnya sendiri, Primadona Worldwide Sdn Bhd, dua produk efektif iaitu Sari AgeGard dan Sari StemShape diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai perkongsian ikhlas darinya kepada peminat. Ditemui ketika majlis pelancaran Primadona semalam, Dato Sarimah berkata sudah sekian lama dia mendambakan untuk berkongsi beberapa petua kesihatan dan akhirnya kini terlaksana. "Sesuatu yang kita buat biarlah ikhlas dari hati. Termasuklah kelahiran dua produk ini ingin saya kongsikan bagi kebaikan bersama. "Memang produk ini masih baru di pasaran dan Alhamdulillah saya percaya produk ini akan banyak membantu kesihatan kita," katanya yang masih jelita dan memiliki kulit sihat. Rangkaian produk kesihatan Primadon dihasilkan melalui teknologi dwi sel induk yang diperkasa dengan ozon. Turut membantu beliau merealisasikan Primadona ialah Pengarah Perubatan syarikat berkenaan, Dr Mohd Nizar Zakaria dan dua lagi tulang belakangnya, Musharuddin Mohd dan Mazlan Mohd. Menurut Dato Sarimah kedua-dua produk yang baru diperkenalkan itu telah menjadi amalannya terutama sekali Sari AgeGard yang diambil sekitar jam 8.30 pagi iaitu sebelum dia menjamah sarapan pagi. Manakala tambah pelakon Ali Baba Bujang Lapok itu, Sari StemShape pula dikhususkan untuk individu yang ingin tampak langsing secara semulajadi. "Apa yang boleh saya katakan di sini, pengambila produk Sari StemShape bukan saja akan membuatkan anda langsing, malah tidak akan membuatkan anda penat, tidak akan terasa ingin ke tandas sebaliknya membuatkan pengguna terasa kenyang sentiasa. "Apabila saya mengamalkan Sari AgeGard pula, tubuh saya terasa lebih cergas dan selalu membantu waktu tidur saya dan mendapat waktu tidur yang berkualiti," kongsinya. Pelakon veteran itu mempunyai 6 orang anak, 32 orang cucu dan 4 orang cicit. Walaubagaimanapun menurut Dato Sarimah, petua kecantikannya dari dulu hingga kini ialah dengan memiliki hati yang bersih, selalu berdoa kepada Tuhan dan mengamalkan pemakanan sihat. Sejak dari kecil lagi dia telah mengamalkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebagai makanan hariannya. Untuk nenambah kecergasan tubuh dan mengelakan sebarang penyakit, pengambilan nutrisi tambahan seperti vitamin c dan multivitamin adalah sangat penting bagi menjalani kehidupan hariannya. "Selain sentiasa taat dengan tugas sebagai hamba Allah, saya mengamalkan senaman orang lama-lama yang banyak memberi penekanan kepada bahagian pernafasan. "Dari kecil lagi saya tidak mengamalkan pengambilan ayam dan daging kecuali ikan. Bukannya sengaja tak ambil tapi sudah terbiasa dengan cara ibu dan ayah saya yang turut mengamalkan amalan serupa. "Setiap pagi sebelum solat suboh saya akan minum air bersama madu dan sedikit garam. Manakala untuk sarapan pagi, saya suka makan tumbuhan hijau yang kaya dengan fiber seperti daun salad. "Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kulit terutama sekali menjaga sistem pencernaan kita. "Dari dulu lagi saya banyakan minum air mineral yang baik untuk kesihatan dan tidak sesekali saya akan minum selepas makan bagi mengelakan perut buncit," katanya panjang lebar.
Posted on: Sat, 06 Jul 2013 04:26:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015