Satu tips yang cukup menarik. Jom uji program antivirus yang - TopicsExpress



          

Satu tips yang cukup menarik. Jom uji program antivirus yang dipasang pada komputer anda, sama ada berfungsi dengan betul atau tidak. Tidak perlu takut, kerana virus yang kita akan cipta ini bukanlah virus sebenar yang boleh mengganggu atau merosakkan komputer cuma untuk menguji sama ada antivirus anda boleh mengesannya atau tidak, ianya hanya virus tester . Virus tester telah dibangunkan oleh orang-orang yang menyertai pada EICAR, yang bermaksud Eropah Institut Penyelidikan anti Virus komputer, yang terletak di eicar.org/. Langkah-langkah untuk mencipta virus tester: Buka notepad anda. copy code ini dan paste. X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H* Simpan file tersebut dengan nama EICAR.COM. Caranya: pada Notepad, klik menu File > Save As. Pada kotak dialog Save As, pilih desktop untuk menyimpan file ini, lalu pada pilihan Save As Type, pilih All Files, dan pada File Name, tuliskan eicar Sekarang buka file virus tester ini. Jika masa sebenar atau real time scan pada antivirus anda berjalan, maka file virus ini sudah dapat dikesan oleh antivirus anda. Jika antivirus anda tiada real time scan, open antivirus anda, dan lakukan scanning folder. Kalau antivirus anda tidak dapat detect atau kesan virus ini, lebih baik anda uninstall antivirus anda. Selamat Mencuba
Posted on: Sat, 02 Nov 2013 12:13:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015