Saya ada seorang kawan india satu kelas dari tingkatan satu sampai - TopicsExpress



          

Saya ada seorang kawan india satu kelas dari tingkatan satu sampai tingkatan lima,dia telah lama menyatakan hasrat memeluk islam,tiap kali jumpa dgn dia adalah jugak saya bercakap tentang islam pada dia setakat yg saya tahu.masa sekolah dulu subject agama islam dia selalu dapat A1 A2.dia sangat suka dengar saya baca surah pendek pendek yg saya reti.saya selau juga tanya dia bila nak masuk islam,sebelum ramadhan haritu ada seorang pakcik pergi buat umrah,pakcik tu cakap nak nak doa untuk dia depan kaabah.Alhamdulilah,awal ramadhan haritu dia dgn rela dan suka hati mengucap dua kalimah syahadah,bermulalah kehidupan baru bagi dia sebagai muslim.yg mengkagumkan dia puasa sebulan ramadhan haritu,walaupun itu puasa pertama dia.kawan sekerja saya lahir dah muslim pun masih puasa yangyuk.sekarang kawan saya tu sedang mendalami islam secara pelan pelan.bukan apa saya tulis ni,hanya sekedar nak kongsi berita gembira. Bagi seorang muslim apa lagi yg lebih menggembirakan hati selain melihat seorang kawan yg menerima hidayah dari tuhan,lalu masuk islam.kata org tua tua itulah dia memerdekakan hamba sahaya dari tahanan.kita pula kena merdekakan diri kita drpd menjadi hamba sahaya kepada hawa nafsu.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 12:02:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015