Saya menegur secara umum, kepada penjual produk penegang - TopicsExpress



          

Saya menegur secara umum, kepada penjual produk penegang payudara. Ada kesilapan fakta dalam iklan itu. Ia kendur bukan disebabkan menyusukan anak, tetapi bermula dari kehamilan, graviti, usia dan penjagaan yang tidak betul. Gambar itu juga tidak patuh syariah, Seolah menayang aset sendiri, jika dalam group tertutup semua wanita ia boleh diterima. Anda boleh menjadi wanita yang gemilang bukan dengan payudara yang tegang semata.. Aduhai... Dan perhatian buat ibu yang masih menyusukan anak, usah terlalu risau dengan isu itu. Wahai para suami, jika cintamu hanya pada badan isterimu sahaja, nescaya dikau sentiasa mencari yang muda bergetah, sedang dirimu tidaklah gantang selamanya.. Ketahuilah ada isteri yang tertekan, berhabis ribuan ringgit hanya kerana suami mahu dia kelihatan muda jelita sentiasa. Tua tidak perlu ditakuti jika cintamu bersandarkan cinta Ilahi, Walau kedut seribu, wajah isterimu tetap manis di hati.. Nota : Berpada-pada, bersederhana, berpijak di bumi nyata.
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 09:30:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015