Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut kepada risiko.” - TopicsExpress



          

Saya minat untuk berniaga, tetapi saya takut kepada risiko.” Dialog ini biasa disebut-sebut oleh golongan bakal usahawan yang mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan. Risiko adalah satu daripada tekanan yang dapat membuatkan bakal usahawan mengangkat bendera putih sebelum bermula. Menurut jurulatih kejayaan dan penulis buku Secrets of Millionaire Mind, T. Harv Eker, “Setiap individu kaya dan berjaya mempunyai ketakutan. Namun apa yang membezakan diri mereka dengan orang lain adalah, mereka tidak membiarkan perasaan takut itu menguasai diri mereka.” Kenyataan ini ada kebenarannya. Setiap manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis perasaan, termasuk perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun begitu, terdapat teknik yang dapat mendorong kita untuk bertindak dan memusnahkan perasaan takut. 3 Resepi Ghaibkan Rasa Takut #1 – Tolak Rakan Negatif Ke Tepi Tip yang pertama adalah berkawan dengan golongan usahawan. Rakan-rakan usahawan ini dapat membantu kita dari segi perkongsian ilmu perniagaan yang dapat melenyapkan satu demi satu kekeliruan dan ketakutan untuk memulakan perniagaan. Menurut pakar psikologi, manusia mempunyai perasaan takut kerana mereka memperoleh jawapan bagi masalah yang dihadapi. Justeru itu, apabila berjumpa dengan golongan usahawan, sediakan soalan-soalan yang dapat membantu menyelesaikan masalah kita. #2 – Terima Kasih Kerana Berkongsi Ini adalah teknik untuk menjinakkan minda apabila diselebungi oleh perasaan takut. Dalam seminar anjuran T. Harv Eker, beliau menggunakan pendekatan tame the cobra. Tekniknya adalah seperti berikut: “Apabila minda kita berkata, ‘Saya tidak boleh’, terus beritahu kepada minda, ‘Terima kasih kerana berkongsi.’ Kemudian terus bertindak. Kita akan perasan minda negatif ghaib serta merta.” #3 – Sumbat Diri Ke Dalam Majlis Ilmu “Semakin banyak kita belajar ilmu perniagaan, semakin besar potensi kita untuk menjadi usahawan berjaya.” – Azizan Osman. Ilmu adalah jalan penyelesaian berkesan untuk memusnahkan perasaan takut melakukan perniagaan. Untuk menuntut ilmu, terdapat beberapa prinsip penting supaya kita dapat serap ilmu yang berkualiti sahaja. 1. Kenali pakar dalam bidang perniagaan – Pakar bermaksud mereka yang sudah berjaya membangunkan perniagaan. 2. Bayar, bukan percuma – Menyertainya majlis ilmu secara percuma merendahkan momentum kita untuk belajar selepas menuntut ilmu. 3. Catat dan buat – Catat segala maklumat penting berkaitan dengan ilmu yang dikongsikan. Nota catatan itu dapat membunuh ketakutan dalam minda kita untuk memulakan perniagaan.
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 07:32:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015