Saya minta maaf saya kurang berminat berurusan dengan orang yang x - TopicsExpress



          

Saya minta maaf saya kurang berminat berurusan dengan orang yang x jujur. Saya jual jersi dah lebih 10 tahun dan dah banyak jenis manusia saya jumpa. Ada yang baik, ada yang menegur, mensihati, ada yang memaksa, ada yang menyinggung ada yang memandang rendah dan menghina. Itu semua perkara biasa saya terima sebagai proses pembelajaran. Tapi yang paling saya x suka adalah orang yang tak jujur. Orang yang x betul pada kata2 mahupun perbuatan. Tak jujur pada janji dan tak menghargai kesusahan orang lain. Kadang2 saya dah susah payah orderkan jersi; bukan 1 tapi banyak tanpa meminta deposit, dah kluarkan duit sendiri.. last2 pelanggan diam mcm tu sahaja. Saya x marah, saya bole jual tp kat situ nampak ada ketidakjujuran. Saya x kisah kalau anda semua jumpa seller lain yg lebih murah atau lebih bagus tp sekurang-kurangnya be a gentleman, trus trang. Apa saya nak marah? Rezeki saya, rezeki anda, rezeki seller2 lain smua Allah Taala dah tentukan. Saya sikit pun x jeles dengan rezeki orang. Tambahan pula majoriti peniaga jersi online ni sedara seagama saya, kawan2 saya jugak jd saya tumpang gembira tgk ekonomi org Islam meningkat. Bagus apa kan? Jadi janganlah demand bagai nak rak suruh saya atau admin2 lain simpan atau beli stok yg akhirnya anda buat xtau saja. Untung duit tu bukan number satu, tapi rezeki yg halal dari kejujuran perniagaan itu yg saya cari. Saya minta maaf sekali lagi, saya serik dan x berminat deal dgn org yang x jujur. Sekian, (yang agak frust) Fiq
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 19:39:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015