Saya rasa ketika zaman 90-an, kalau tidak salah, cuti hari raya - TopicsExpress



          

Saya rasa ketika zaman 90-an, kalau tidak salah, cuti hari raya Aidil Adha minimum 3,4 hari.Sewaktu zaman saya bersekolah rendah. Sekarang cuti rasmi hanya SEHARI. Waima dikatakan raya hanya sehari, tetapi raya Aidil Adha tidak sama dengan raya Aidil Fitri.Dari 10 Zulhijjah, sehinggalah berkumandangnya azan Maghrib menandakan bermulanya 14 Zulhijjah, korban lembu mahupun kambing masih boleh dijalankan. Teringat di Kelantan, orang kampung membahagi-bahagikan lembu mengikut giliran.Ada 10 Zulhijjah, sehinggalah selepas Subuh 13 Zulhijjah.4 hari semuanya. Takbir sebanyak-banyaknya sehingga asar 13 Zulhijjah penghabisan. Terasa sungguh bermakna... Just my 2 cents :)
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 14:23:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015