✿ Saya seorang yang mempunyi berat yang berlebihan. Adakah ini - TopicsExpress



          

✿ Saya seorang yang mempunyi berat yang berlebihan. Adakah ini akan mengurangkan peluang saya untuk mengandung? ✿ Tak semestinya. Itu bergantung kepada kitaran haid anda samada ia normal atau tidak. Sekiranya kitaran haid anda setiap 28 hari, berat badan anda mungkin tidak akan menganggu peluang anda untuk hamil. Tetapi bagi yang terlalu gemuk, anda mungkin akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak rata dimana ovulasi tidak berlaku. Bila ovulasi tidak terjadi, kehamilan tidak akan berlaku. Mempunyai berat badan yang berlebihan berkait rapat dengan keadaan yang dinamakan polycystic ovarian syndrome (PCOS). Mereka yang menghadapi masalah ini tidak mempunyai cukup hormon untuk menyebabkan telur matang dalam ovari seterusnya gagal untuk dikeluarkan semasa proses ovulasi. Sesetengah wanita juga mempunyai banyak hormon insulin yang menyebabkan terhasilnya hormon androgen secara berlebihan. Hormon androgen yang berlebihan ini akan menganggu proses ovulasi dan menyebabkan anda sukar untuk hamil. Kegemukkan juga menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bayi melalui teknik bayi tabung uji (IVF) kerana ia menganggu pemindahan janin ke rahim. Walaubagaimanapun, ada berita baik. Sekiranya anda berjaya mengurangkan berat badan anda, peluang anda untuk mendapat zuriat yang sihat adalah cerah. Banyak mana berat badan perlu diturunkan? Gunakan BMI sebagai panduan. BMI diantara 19-25 adalah berat ideal. Berbincanglah dengan doktor untuk mendapat berat badan ideal anda dengan cara betul dan selamat. Sumber: portal.alamhamil
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 21:17:28 +0000

© 2015