Saya tak pasti bagaimana perasaan rakyat Malaysia dengan isu Mesir - TopicsExpress



          

Saya tak pasti bagaimana perasaan rakyat Malaysia dengan isu Mesir sekarang. Boleh jadi tidak membuak-buak lagi. Kerana kini ada isu-isu baru. Kerana tumpuan manusia memang terhad pada satu dua perkara sahaja pada satu masa. Duduk di sini, boleh timbul rasa pedih. Ada banyak harapan. Dan ada banyak juga percaturan. Ada banyak yang saya bimbang.... Ada ramai jiwa yang saya sayang. Apa pun, kita serahkan kepada Allah negara Mesir ini, dan penduduknya. Dialah sebaik-baik pelindung dan cukuplah Dia sebagai tempat bergantung. Semoga sahabat-sahabat dari pelbagai negara boleh kembali semula ke bumi bertuah ini. Kerana besar nilainya kita, kepada mereka.
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 15:57:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015