Sayang2 semua. Asyik2 saya post tentang fesyen. So, hari nie nak - TopicsExpress



          

Sayang2 semua. Asyik2 saya post tentang fesyen. So, hari nie nak bercakap sket je tentang ekonomi. Jangan marah yer, sekadar pandangan. Ada yang menyokong dan ada yang menentang isu kenaikan harga minyak. Bila saya tengok post2 semua saya rasa Tan Sri Zeti pn menangis baca. Semua dah jadi pakar. Kalau kita ada rasionalisasi subsidi, pastinya ada rasionalisasi implikasi. Sebelum baca lontaran idea saya, saya nak semua kosongkan minda dan letakkan diri kita di dalam setiap kasut golongan kelas bawahan. Jangan merungut mari kita bincangkan LIMA masalah utama di Malaysia. 1) Harga minyak naik = kos sara hidup naik = MASALAH JENAYAH turun ke naik? 2) Harga minyak naik = kos operasi naik = MASALAH HANTARAN KAHWIN turun ke naik? 3) Harga minyak naik = kos pengangkutan naik = MASALAH TAMBANG PENGANGKUTAN turun ke naik? 4) Harga minyak naik = kos bahan mentah naik = MASALAH KAWALAN HARGA BARANG KEPERLUAN turun ke naik? 5) Harga minyak naik = kos penyelengaraan naik = MASALAH BIL UTILITI turun ke naik? Akhir kata, memanglah senang suruh cut cost dengan berpuasa, tidur bergelap, mandi sungai, naik basikal, jual kuih-muih, TAPIIIIIIIIIIIIIIIII. Xnampak pn golongan HARTAWAN & JUTAWAN buat macam tue? Bayangkan suatu hari tengah jalan2, terperanjat dan terus pengsan tengok MENTERI ganti makcik kerepek Alor Gajah meniaga, "nak beli kerepek nak, 1 je". Kepimpinan melalui teladan katanya. Lepas nie tolonglah jangan ambil statement golongan HARTAWAN & JUTAWAN sahaja, ambil kira juga pandangan kami golongan CENDAWAN... p/s: Ini post bukan nak cetuskan sentimen, cari gaduh, berpolitik dsb. Please rakyat kita jangan marahkan pemimpin, kadangkala mereka terpaksa buat sesuatu yang kita tak suka untuk kebaikan bersama. Macam parents kitalah tegur sebab kebaikan kita. I LOVE MALAYSIA, I LOVE NAJIB, I LOVE PRADA Rujukan: The effects of the recent oil price shock on the U.S. and global economy Nouriel Roubini Stern School of Business, NYU and Brad Setser Research Associate, Global Economic Governance Programme, University College, Oxford This Draft : August 20042
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 08:29:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015