Sebelum ini kami paparkan cerita yang menjadi sangat viral tentang - TopicsExpress



          

Sebelum ini kami paparkan cerita yang menjadi sangat viral tentang Abdul Yazid Majid (Unsung Hero), Kak Sofiah Wali (pengorbanan Melangkaui batasan), Anakanda Orked bt. Saiful, Allayarham Khairi Zainal, Mohd Abid Masjuki dan lain-lain. SATU PERSAMAAN ANTARA SEMUA CERITA ITU ialah, kesemua MEREKA TERLALU KOMITED dan berhabis-habisan dalam apa yang mereka lakukan. Cerita-cerita mereka sahaja telah dibaca lebih dari sejuta pembacaan sehingga kini. TETAPI... hari ini, kami rasa anda perlu lihat siapakah "arkitek" dalam semua pembentukan akhlak kesemua individu yang pernah kami ceritakan sebelum ini. Beliau adalah SEORANG HARTAWAN yang memilih untuk fakir, hanya untuk satu misi mengembalikan kegemilangan akhlak Islam di kalangan umat Islam sendiri. Beliau ialah Dr.Haji Masjuki Mohd Musuri, PENGASAS dan pencetus idea Pusat Penyelidikan & Pembangunan Akhlak dan Peradaban Islam Moden (Rumah Pengasih Warga Prihatin). Kami, 109 orang Warga Prihatin keseluruhannya yang terdiri dari golongan asnaf dan anak yatim menjadi SUBJEK pembinaan akhlak dalam misi ini. SAKSIKAN CERITA yang mampu menjadi contoh baik untuk semua. Pada kami sendiri (admin), jika ada 20 orang seperti Dr. Masjuki, InsyaAllah DUNIA KESELURUHANNYA mampu dikuasai semula oleh Islam TANPA PEPERANGAN. Sila baca filosofi beliau dalam artikel ini bertajuk "IMPIAN SEORANG AYAH". Anda harus membacanya dalam keadaan tenang, tidak perlu menghabiskannya sekali gus kecuali memang ada cukup masa dan dalam ‘mood’ yang tenang. Ini kerana banyak pelajaran terselit di sebalik kisah beliau. Terbaik jika anda boleh ambil masa menjenguk beberapa artikel lain yang terkait pada link yang telah kami pautkan. Semuga bermanfaat untuk memberi inspirasi kepada kita, khususnya sebagai pedoman buat para bapa dan calun-calun bapa. Silalah LIKE dan SHARE jika anda rasa ada rakan lain yang memerlukan hidayah sedemikian.
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 04:50:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015