Sebuah tinjauan _______ Hermansyah Abd Rahim Syah · Pengulas - TopicsExpress



          

Sebuah tinjauan _______ Hermansyah Abd Rahim Syah · Pengulas Tertinggi · Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Korporat NAKHODA CONSTRUCTION SDN BHD di HS PIAU MARKETING TAMAROD MESIR CIPTAAN SIAPA ? Saya begitu pasti bahwa Tamarod adalah ciptaan Amerika, sebagaimana yang di laporkan Al Jazeera puluhan dokumen pemerintah pusat Amerika yang dihantar kepada El Baradei ketua pembakang Mesir yang umum mengetahui telah lama dididik Amerika. Dana itu dilaporkan melalui penyiasatan UC Berkeley dana itu disalurkan melalui Duta Amerika di Mesir. Untuk menggerakan itu bergabunglah penyokong Mubarak, Al Baradei dan An Nur yang juga dipercayai di bantu Saudi. Dana yang disalurkan Amerika kepada penentang Morsi dipanggil dana promosi demokrasi. Hakikatnya Amerika menggunakan dana itu sebagai membentuk regim talibarut Amerika. Dana yang besar itulah yang seterus nya menggerakan Tamarod dan polisi dasar luar Amerika di Timur Tengah Tidak perlu berbangga dengan Tamarod. Ia kebangkitan yang dicipta Amerika, Tentera , Pembakang yang dibiayai oleh dana tersebut. Jelas sekali Amerika berada dibelakang semua kejatuhan Morsi. Tamarod kena tipu hidup hidup. Sebagaimana 30 tahun Regim Mubarak menipu rakyat Mesir atas bantuan Amerika. Bila negara diancam oleh pemberontakan yang dikenal pasti didalangi oleh pihak asing, ada bukti dokumen dan risikan, yang boleh menyebabkan ketidak stabilan dekri adalah satu keperluan strategi politik. Ikhwan sudah mendapat maklumat awal melalui risikannya benar ada usaha penggulingan dari strategi politik Morsi betul, tapi dari segi persepsi demokrasi ia dimunculkan dan diperbesarkan supaya boleh dimanipulasi Morsi menghianati revolusi rakyat Dekri yang bersifat sementara untuk mencegah anarki itu memang salah satu kesilapan langkah politik Morsi menurut penganalisa pro El Baradei Morsi sedar tentera dan pihak Amerika telah menjalinkan hubungan kearah penggulingannya. Dekri itulah prisai yang mahu di guna Morsi. Dalam keadaan Morsi dikepung Morsi amat susah membentuk persepsi politik saat genting. Al Jazeera membongkar bagaimana dana awam Amerika disalurkan untuk tujuan penggulingan itu. Walaupun Obama tidak setuju dengan dana awam diguna dalam campur tangan politik Mesir hakikatnya ia berlaku dan diakui Obama sendiri. Nyawa Tamarod hakikatnya di beli dari sumber dana tersebut digerakan oleh El Baradei. Penyokong Mubarak. dan Parti politik yang dulu bersama Ikhwan berpaling tadah semua sebab pulus . Jelas sekali yang mendada tentera Mesir hanya kelompok Ikhwan, pertarungan ini perlu dilihat dengan jujur . Sebab pendedahan Laporan Al Jazeera itu telah memaksa tentera menutup Al Jazeera beberapa hari sebelum rampasan kuasa berlaku. Mengapa Amerika tidak mengutuk Tentera Mesir ? Bukankah itu menyalahi tabiat demokrasi yang dipromosikan Amerika ? Dokumen rashasia yang disiarkan Al Jazeera itu ada kaitan dengan bantuan dana awam Amerika kepada aktivis (NGO) Mahawsiswa, Pembakang Mesir yang di ketuai El Baradei. Dana itu digunakan oleh Amerika untuk menggembalikan regim sekuler di Mesir. Caranya gulingkan Mesir dengan revolusi baru dikenali sebagai Tamarod. Bantuan dana Amerika dan Sekutu rantau Arab dipercayai untuk melemahkan psikologi politik pasca Arab Spring di rantau Arab, bukan hanya bertujuan penggulingan Morsi. Al Jazerra dalam menulis laporannya menyebutkan bahwa dibawanh undang undang keterbukaan maklumat , Bantuan dana awam Washington itu telah melanggar undang undang Mesir bahwa melarang dana politik asing. Namun semua itu tidak dipedulikan MR Obama. Mursi harus digulingkan dengan cara menukar jenama revolusi baru Tamarod. Kebangkitan baru rakyat Mesir. Apa dosa Mursi ? Adakah Morsi jadi jutawan dalam tempoh setahun memerintah Mesir ? Berapa banyak duit negara di curi Morsi ? Berapa banyak kerosakan yang telah di buat Morsi pada Mesir dalam tempoh setahun memerintah hingga ia perlu di gulinggkan. Semua penggulingan Morsi adalah rancangan bijak Amerika . Mengapa Amerika 30 tahun secara kosisten menyokong .Regim autokratik Mubarak ? Jawapnya Mubarak mahu jadi talibarut Amerika dan Israel. Morsi tidak tetap istiqamah membantu Palestin melindungi revolusi rakyat tanpa pengaruh asing. Jika Amerika mahu mempromosikan demokrasi, Hamas dah lama menang melalui peti undi pilihan raya di Palestin. Amerika menghalalkan Israel AGaza yang di Tadbir Hamas. Membiarkan wilayah Palestin sukutu Amerika. Parti Fatah sekutu Amerika yang dijulang Amerika walau kalah dalam pilihan raya yang adil, bebas di Palestin. Dalam Insiden Turki terbaru ada usaha menggulingan Erdogan dengan gaya Tamarod, rusuhan dan memancing tentera rampas kuasa dan seperti skrip yang sama Amerika akan campur tangan. Semua bukan tiada hukum sebab dan akibatnya kecerdikan dalam politik harus diibangi dengan kejujuran baru kita faham tujuan akhir kuasa asing campur tangan di sebuah negara. Sebenarnya Obama tahu pembabitan Amerika dalam penggulingan Morsi pemerintah yang sah dipilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Amerika tidak punya pilihan melainkan mengikuti permintaan Israel sebab Ikhwan dan Israel mempunyai sejarah yang panjang. Kajilah kita akan memahami mengapa Morsi di gulingkan. Sebabnya Morsi Ikhwanul Muslimin seteru Israel sejak dulu !
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 22:08:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015