Sedang diusahakan sebuah novel sejarah Ekstrak dari QUTUZ - TopicsExpress



          

Sedang diusahakan sebuah novel sejarah Ekstrak dari QUTUZ Sudilah membacanya BAB 2 : RUNTUHNYA EMPAYAR KHAWARIZMI Sasaran seterusnya adalah sebuah empayar yang dikenali sebagai Empayar Khawarizmi yang pada masa sekarang menganjur dari Uzbekistan, Turkmenistan sehingga sebahagian Iran dan Afghanistan. Khawarizmi adalah empayar Islam yang berjiran dengan sebuah kerajaan yang telah dikalahkan dan tunduk kepada Genghiz, iaitu Kuchlug. “Kita perlu meluaskan kekuasaan kita ke atas empayar Islam. Mereka menguasai perusahaan tenunan dan sutra dan menguasai laluan sutera,” Panglima Jebe yang bertanggungjawab menundukkan Kuchlug berkata pada suatu hari. “Tuanku Maharaja pasti menyukai tenunan kain yang lembut dan cantik dari Khawarizmi.” “Apa kata kita hantar utusan dagangan ke Bukhara untuk melihat perkembangan di sana.” “Beta amat menyukai sutera dan tenunan, bagus untuk pakaian beta,” Genghiz dicatatkan sebagai amat cintakan tenunan halus untuk pakaiannya. Empayar Khawarizmi diperintah oleh seorang raja yang bernama Muhammad. Kawasan pemerintahannya melebar hingga wilayah-wilayah di Khurasan, Samarkand, Urgench, khojend, Merv dan Nishapur melangkau sejauh 500 kilometer kawasan Gurun Kyzylkum.
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 03:57:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015