Sedia berdepan ancaman Petaling Jaya: Kerajaan bersedia berdepan - TopicsExpress



          

Sedia berdepan ancaman Petaling Jaya: Kerajaan bersedia berdepan ancaman pejuang Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) jika menggugat keamanan negara ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penubuhan Pusat Kawalan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu menjadi entiti penting dalam mengawasi perairan negara agar tidak diceroboh. “Mereka (MILF) sentiasa berada di sana dan atas sebab itu, kita menubuhkan ESSCOM dengan segera. “Kewujudan ESSCOM tidak hanya membabitkan askar, tetapi anggota polis, orang awam dan merujuk hubungan dua negara antara Malaysia dengan Filipina,” katanya pada sidang media selepas melancarkan model baru motosikal Yamaha Lagenda 115z di sini, semalam. Menurutnya, ESSCOM bertanggungjawab mengawasi perairan sejauh 140,000 kilometer dari pantai. “Ia bukan suatu yang mudah dan apa jua yang diperkatakan mereka (MILF) ia bukan perkara baru. “Mereka sebelum ini pernah menyebut perkara ini berulang kali dan kita bersedia berdepan dengan mereka,” katanya. Katanya, walaupun ESSCOM cuma entiti, tetapi pasukan batalion dan askar sentiasa bersiap sedia di sana. “Jika mereka datang walaupun seinci ke sini, mereka tahu akibatnya seperti apa yang terjadi dalam insiden di Lahad Datu sebelum ini,” katanya. Satu laporan media Filipina mendakwa MILF mempunyai 4,000 pejuang yang mendapat latihan di luar negara kini berada di Sabah dan Sarawak.HM
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 22:30:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015