Sejarah manusia sejak zaman berzaman membuatkan aku terfikir - TopicsExpress



          

Sejarah manusia sejak zaman berzaman membuatkan aku terfikir adakah semuanya Benar ? Adakah terdapat penambahan yang tidal diungkil daripada sejarah yang telah dipelajari Sekarang ini. Aku sentiasa merasakan begitu. Ni mesti Ada Udang disebalik batu ni. Itu yang selalu aku fikirkan.hi..hi.. Even, sejarah melayu pun aku tahu banyak telah diselewengkan berdasarkan mana-mana sumber, maklumat, pengetahuan, dan termasuk logik akal aku sendiri.(sape nak fight). Lebih menyedihkan lagi apabila aku dapat tahu sejarah Islam juga banyak telah diselewengkan Oleh musuh Islam itu sendiri. Kita ni pun layan jela sejarah tu. pointnye kat sini, kita telah banyak diselewengkan dan diperdayakan Oleh musuh-musuh kita sendiri. Maka aku teringat Ada seorang abang tu dia cakap kat aku waktu sama2 tadabbur Surah Yusuf. Sesungguhnya perancangan Allah itu amat teliti. Walau banyak mana pun Kita ditipu, diperdayakan, dipermainkan, atau ditindas, ingatlah itu semuanya adalah dalam perancangan Allah sehinggakan Allah akan menunjukkan kebenaran dan kemenangan kepada kita suatu hari nanti. Kita lihat bagaimana kisah nabi Yusuf sehingga dapat menjadi pembesar di Mesir. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya tiada sesiapa yang dapat Mengetahui lebih daripada pengetahuan-Nya. Kita hanya merancang. Allah tidak pernah meninggalkan hamba2 yang berjuang di jalan-Nya. Akan tiba masanya Kebenaran Mengenai Islam itu Akan terselah dan kita Akan bangkit dengan kekuatan fizikal serta rohani dan musuh Islam Bagai Kapal yang terhuyung hayang. Persoalannya Sekarang ini, apabila kebenaran terselah dan kemenangan Islam itu tercapai, Adakah kita di antara yang menyumbangkan ke Arah kemenangan tersebut atau kita hanya golongan yang masih lalai dan leka. Even kalau syariat Islam pun tak ikut payahla camtu. Asyik nak memberontak tentang hukum yang Allah telah tetapkan. Asyik bergaduh sesame kita, lalai dengan Hiburan melampau sehingga lupa saudara2 kita yang susah di sana. Hesh, ape ni? Point lagi satu kat sini Marilah kita sama2 menegakkan Kebenaran dan sama2 berjuang menegakkan Islam seperti yang saya telah berikan sebelum ni Siapa yang menolong agama Allah, Allah pasti Akan membantunya dan mengukuhkan kedudukannya.... Marilah sama2 berjuang di jalan-Nya.. Allah pasti Akan membantu kita. Aku pasti suatu hari nanti Islam akan bangkit semula Dan Kebenaran Akan terungkai Itulah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya. Pray for our brothers and sisters Keep calm and have Faith Islam will rise once again Berubah ke Arah yang lebih baik Henshin Islam is Perfect
Posted on: Wed, 16 Oct 2013 05:02:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015