~ Sekarang sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali - TopicsExpress



          

~ Sekarang sedang berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-59..Inilah aktiviti tahunan PAS dalam membangunkan agenda parti dan jamaah... Aku mengharapkan ada resolusi berimpak yang akan dipersetujui bersama..Kita tidak mahu ahli yang hanya hebat berbicara atas pentas, bercakap penuh semangat, membangkitkan jiwa pemuda dan orang lama sahaja..Tapi kita mahu ahli yang beramal dengan penuh jiddiyah menggapai matlamat besar lagi utama... Aku juga mengharapkan, PAS memuhasabah segala perjalanan parti..Yang lemah, perlu diperbetulkan pada akarnya, bukan pada rantingnya..Yang hebat, terus kekalkan..Muktamar ini hanya 5 hari untuk tahun ini, tapi ingat amal kita selepas ini, sampai MATI!..Muktamar bukan sekadar muktamar, tapi harus dibuktikan dengan amal jiddiyah selepas muktamar..Allahumma ameen... Ingatlah, PAS bukan sekadar parti tapi harakah!..Nilai sebuah harakah Islam perlu dijaga sebaiknya oleh ahli..Ahli perlu dipermantapkan tarbiyah dan fikrahnya..Kita sudah tidak ada masa untuk menghentam harakah yang lain..Apatah lagi mencaci-maki..Masa ini adalah masa untuk FOKUS pada amal!..Kita mahu ahli yang benar2 berkualiti seorang mujahid, bukannya ahli yang kualitinya cukuplah hanya penyokong tanpa beramal... Inshaa Allah, moga muktamar kali ini akan menyebabkan berlakunya sebuah perubahan..Bukan sekadar perubahan luaran, namun yang lebih penting sekali adalah perubahan dalaman harakah dan parti itu sendiri..Moga Allah mengganjari segala usaha dalam memartabatkan Deen ini... Allahumma ameen..Allahu akbar!(^_^) ~
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 04:41:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015