Sekiranya anda susah untuk hamil, ia mungkin berkait dengan - TopicsExpress



          

Sekiranya anda susah untuk hamil, ia mungkin berkait dengan pengeluaran telur atau ovulasi. Untuk hamil, seseorang perlu mempunyai telur yang cukup dan matang semasa saat persenyawaan. Ramai wanita apabila tidak berjaya hamil, didapati mengalami masalah anovulasi atau tidak bertelur. Apa itu Anovulasi Anovualsi adalah satu keadaan dimana wanita yang tidak menghasilkan telur matang seterus ovulasi tidak berlaku. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah yang lain, kehamilan akan berlaku. Wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi. Sebab-sebab Anovulasi Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak atau otak tidak mempunyai cukup signal merangsang tumbesaran folikel seteruskan ovulasi. Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah: Menyusu badan Terlalu gemuk atau telalu kurus Terlalu banyak senaman Anorexia atau bulimia Tekanan PCOS ( Sebab Utama 80%) Masalah tiroid Masalah kelenjar pituitari. Masalah berlebihan hormon prolaktin Rawatan Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut. Ubatan-ubatan yang boleh membantu merangsang ovulasi termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk pengidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan biasa. Faralie Collection
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 13:36:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015